Harian Metro

Pensyarah minta duit letak jawatan

-

Kuala Lumpur: Pensyarah Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur yang meminta duit daripada penuntut sebagai syarat untuk lulus peperiksaa­n sudahpun meletakkan jawatan berkuat kuasa Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Nordin Ahmad berkata, ekoran isu yang tular di media sosial sejak Rabu lalu, individu terbabit tampil memberi penjelasan kepada pengurusan institusi berkenaan dan mengakui mengalami masalah kewangan.

Katanya, pihaknya kesal dengan kejadian itu dan menjalanka­n siasatan segera serta menerima peletakan jawatan pensyarah terbabit.

“KUPTM sentiasa menjunjung nilai integriti tinggi dalam melaksanak­an program pendidikan serta memastikan kakitangan di institusi ini mempunyai nilai etika.

“Kami juga akan memantau kakitangan yang menghadapi masalah dan mengalu-alukan penuntut supaya membuat aduan kepada pengurusan tertinggi jika mendapati terdapat unsur meragukan atau masalah lain berkaitan pengajian mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nordin berkata, kejadian terbabit memberikan iktibar kepada pengurusan KUPTM dalam usaha menambah baik tahap pendidikan kepada penuntut.

Isu berkenaan menjadi tular selepas satu tangkap layar Twitter mendakwa seorang pensyarah wanita memeras ugut pelajar untuk lulus peperiksaa­n dengan meminta wang sehingga RM500.

Alasan diberikan ialah wang berkenaan diminta Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan dikatakan ada penuntut yang sanggup menyerahka­n barang kemas kepada pensyarah terbabit untuk lulus dalam peperiksaa­n.

 ??  ?? NORDIN
NORDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia