Harian Metro

Boleh tunda

-

Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi kelonggara­n kepada pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah (B40) yang kurang berkemampu­an untuk membayar yuran pendaftara­n ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) secara ansuran atau memohon penangguha­n bayaran.

Menurut MARA dalam satu kenyataan semalam, pelajar yang tidak berkemampu­an untuk membuat pembayaran secara sepenuhnya pada hari pendaftara­n diminta memaklumka­n kepada pengurusan maktab bagi memohon penangguha­n bayaran atau melunaskan secara ansuran.

Pihak MARA menetapkan bayaran yuran pendaftara­n bagi pelajar baharu tingkatan satu dan empat untuk kemasukan ke MRSM 2019 sebanyak RM342 dengan sebahagian besar daripada yuran itu adalah untuk kegunaan dan menampung aktiviti pelajar sepanjang pembelajar­an mereka di MRSM.

“Pelajar dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana pihak MARA sentiasa memberikan keutamaan kepada pelajar B40 serta memastikan cita-cita mereka untuk melanjutka­n pelajaran ke MRSM tidak terhalang,” jelas kenyataan itu.

MARA turut memperkena­lkan Program Bantuan Untuk Pendidikan Mara (BUDI) dalam usaha membantu golongan pelajar miskin tegar.

Menerusi skim BUDI, pelajar

yang terpilih tidak akan dikenakan sebarang bayaran yuran, bahkan mereka turut dipertimba­ngkan untuk mendapat bantuan wang saku berjumlah RM50 sebulan serta pengecuali­an bayaran wang caruman RM60 sebulan.

Menurut kenyataan

itu,

MARA menyasarka­n 500 pelajar ditawarkan skim BUDI bagi tahun ini.

“Bantuan ini ditaja beberapa GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan juga pusat zakat. Sehubungan itu, MARA turut mempelawa syarikat dan orang ramai terutama

anak ANSARA (anggota Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia) yang berpeluang mendapat pendidikan terbaik MRSM sebelum ini untuk turut menyumbang kepada program BUDI,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

 ??  ?? N U RSYAF I K A menunjukka­n surat tawaran kemasukan
ke MRSM kepada Norhasniza di rumah mereka di Kampung Empa, Wang Tepus.
N U RSYAF I K A menunjukka­n surat tawaran kemasukan ke MRSM kepada Norhasniza di rumah mereka di Kampung Empa, Wang Tepus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia