Harian Metro

Tiga ditahan jual beli diesel tanpa kebenaran

-

“Akibatnya, mangsa terjatuh dan digilis lori itu menyebabka­nnya mengalami kecederaan dalaman. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, pemandu lori itu melarikan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kerana bimbang dipukul penduduk kawasan berkenaan dan membuat laporan.

“Pemandu lori ditahan dan diambil keterangan untuk membantu siasatan. Ujian saringan air kencing dilakukan terhadapny­a didapati negatif dadah, namun lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Kajang bagi menjalani ujian darah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian,” katanya. Jempol: Seorang pemilik sebuah stesen minyak di Bahau di sini, ditahan penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan kerana menjual diesel kepada individu tidak dibenarkan, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP negeri Zubir Hamsa berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 40 hingga 50 tahun yang juga pembeli selain merampas 450 liter diesel bernilai RM107,575.

“Tujuh penguat kuasa menjalanka­n serbuan hasil risikan selama dua minggu. Ketika serbuan, dua suspek dilihat mengisi diesel ke dalam tong drum yang diletak dalam dua pacuan empat roda.

“Selain menahan kedua-dua suspek, kami turut merampas diesel dan menyita kenderaan mereka,” katanya pada kenyataan, semalam.

Selain itu, Zubir berkata, pihaknya turut menahan pemilik premis dan menyita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama, manakala denda sehingga RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun bagi kesalahan berikutnya.

 ??  ?? SALMEE sebak ketika ditemui di rumahnya, semalam.
SALMEE sebak ketika ditemui di rumahnya, semalam.
 ??  ?? PACUAN empat roda yang disita dan diesel yang dirampas di sebuah stesen minyak di Bahau.
PACUAN empat roda yang disita dan diesel yang dirampas di sebuah stesen minyak di Bahau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia