Harian Metro

Longlai peluk jasad anak

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

“Saya hanya mampu menjerit ‘bangun!’ apabila melihat anak terbaring kaku di atas jalan,” kata Salmee Mohamed Yusof, 40, ibu kepada pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ramal Luar, yang maut selepas digilis lori berhampira­n Masjid Sungai Ramal Luar di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa, Muhammad Hadi Zafran Rahisan, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman pada bahagian perut selepas digilis lori membawa muatan beras.

Salmee berkata, sebelum kejadian anak lelakinya memaklumka­n dia ada latihan sepak takraw di sekolahnya sejauh satu kilometer dari rumah mereka.

Katanya, Muhammad Hadi bersama beberapa rakan bergerak ke sekolah itu jam 7 pagi kelmarin dengan menaiki basikal.

“Hadi memaklumka­n akan segera balik selepas latihan kokurikulu­m di sekolah jam 10 pagi, namun hingga jam 11 pagi (hari kejadian) dia belum pulang menyebabka­n saya rasa tidak sedap hati.

“Ternyata telahan saya tepat apabila rakannya datang ke rumah memaklumka­n Hadi dilanggar lori berhampira­n sekolah. Saya bergegas ke lokasi dan melihatnya terbaring kaku di atas jalan.

“Saya cuba menggerakk­an badannya, namun tiada tindak balas. Saya hanya dapat merasakan badannya sejuk tanpa setitik darah pun kecuali kesan kotoran tayar pada pakaiannya di bahagian perut. Ketika itu, saya sedar dia sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Salmee berkata, Muhammad Hadi adalah anak yang peramah dan banyak bercakap menyebabka­n mereka sekeluarga amat merasai kehilangan anak kedua daripada lima beradik itu.

“Di rumah, kami selalu diceriakan dengan celoteh Hadi yang banyak bercakap dan peramah. Kehilangan­nya amat dirasai apatah lagi saya baru saja melihat dia keluar rumah sebelum kejadian.

“Saya masih terkesan dengan pemergian Hadi secara tiba-tiba, namun kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya memaklumka­n anaknya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Desa Putra di sini, petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah berkenaan.

“Ketika tiba di depan Masjid Sungai Ramal Luar, basikal ditunggang mangsa bergesel dengan lori muatan beras dipandu lelaki berusia 38 tahun yang datang dari arah belakang.

 Pelajar balik sekolah maut digilis lori beras

 ??  ?? MANGSA maut di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.
MANGSA maut di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.
 ??  ?? LOKASI mangsa digilis lori berhampira­n Masjid Sungai Ramal Luar, kelmarin.
LOKASI mangsa digilis lori berhampira­n Masjid Sungai Ramal Luar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia