Harian Metro

Biar susah

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

Seorang ibu sanggup berhenti kerja sebagai guru untuk memberi tumpuan terhadap penjagaan anaknya yang menghidap penyakit Cerebral Palsy (CP) atau lumpuh otak.

Che Nor Hidayah Che Mamat, 30, dari Kampung Tetambah, Manir, meninggalk­an kerjaya di Taska Yayasan Pembanguna­n Keluarga Terengganu (YPKT) untuk menjaga anak tunggalnya, Muhammad Naim Mohd Nazri, 7, yang menghidap CP sejak lahir.

“Terlalu banyak cabaran perlu dihadapi dalam menguruska­n Naim kerana dia memerlukan tumpuan sepenuhnya.

“Ketika Naim masih kecil, tenaga diperlukan tidak banyak kerana anak itu masih ringan, tetapi kini apabila berusia tujuh tahun, berat badannya dianggar mencecah 27 kilogram (kg).

“Berat badan Naim memberi cabaran kepada seorang ibu untuk mendukungn­ya, namun di sebalik kesukaran itu, rutin harian seakan-akan tidak mendatangk­an masalah kerana dilakukan dengan kasih sayang,” katanya.

Beliau ditemui pada Program Fisioterap­i Anak Kurang Upaya Kritikal Terlantar dan Masih Ada Yang Sayang di Masjid Sultan Ismail, Chendering.

Tambahnya, pada pandangan umum, keluarga yang mempunyai anak CP hanya sukar menyediaka­n keperluan harian membabitka­n kos tinggi, tetapi kesukaran jauh lebih mencabar ialah ketika menguruska­nnya.

“Biarpun mencabar menguruska­n anak

CP, kepuasan diberikan Allah tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Saat mendukung anak istimewa itu, saya dapat rasakan seperti dikurniaka­n tenaga tambahan,” katanya.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu yang memberikan bantuan RM300 sebulan, sekali gus digunakan untuk menampung keperluan anaknya.

“Perbelanja­an Naim tinggi apabila usianya semakin meningkat, maklumlah keinginan untuk makan semakin bertambah, sekali gus kerap membuang air besar dan memerlukan lampin pakai buang yang lebih banyak,” katanya.

Sementara itu, Samsiah Osman, 38, dari Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payung berkata, menjadi lumrah ibu bapa mempunyai anak CP perlu mengangkat, mendukung atau memapah anak ketika menguruska­nnya.

“Saya sendiri mempunyai dua anak CP iaitu Muhamad Danial Hakimi Mukhris Mansor, 10, seberat 14kg manakala adiknya, Muhammad Danial Mikhail Zikir, berusia enam tahun pula sembilan kilogram,” katanya.

 Wanita berhenti kerja beri tumpuan zuriat hidap CP sejak lahir

 ?? AHMAD RABIUL ZULKIFLI ?? CHE Nor Hidayah (dua dari kiri) mendukung Muhammad Naim bersama rakan yang turut mempunyai anak istimewa pada Program Fisioterap­i Anak Kurang Upaya Kritikal Terlantar dan Masih Ada Yang Sayang.
AHMAD RABIUL ZULKIFLI CHE Nor Hidayah (dua dari kiri) mendukung Muhammad Naim bersama rakan yang turut mempunyai anak istimewa pada Program Fisioterap­i Anak Kurang Upaya Kritikal Terlantar dan Masih Ada Yang Sayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia