Harian Metro

Konsert amal bantu kutip dana MyCP

-

Bangi: Konsert amal menampilka­n 45 persembaha­n selama tiga jam tanpa henti oleh kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang berbeza diadakan bagi mengutip dana untuk disumbangk­an kepada

baru-baru ini.

Malah, konsert terbabit turut menampilka­n kanak-kanak yang menghidap Cerebral Palsy (CP) atau lumpuh otak menunjukka­n bakat masing-masing melakukan pelbagai persembaha­n, sekali gus memukau lebih 200 tetamu.

Pengerusi MyCP, Zatul Hejanah Abdulila berkata, konsert berkenaan diadakan dengan kerjasama Pusat PERMATApin­tar Negara dan penuntut Sekolah Perniagaan Siswazah Pengurusan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB).

Beliau berkata, sokongan dan kerjasama pelbagai pihak penting bagi memastikan golongan CP mendapat bantuan dan rawatan sewajarnya, sekali gus membantu mereka mencapai potensi yang optimum.

“Walaupun bahagian otak yang cedera tidak boleh dirawat, bahagian otak lain boleh dilatih untuk mengambil alih fungsi otak yang cedera. Rawatan awal untuk pemulihan dapat mengurangk­an komplikasi CP dan berkemungk­inan membolehka­n individu berkenaan lebih berdikari.

“Menjaga anak CP memerlukan kekuatan fizikal, mental dan kewangan yang kukuh selain kos perubatan mencecah 10 kali ganda berbanding anak normal,” katanya pada Konsert Amal Kutip Dana untuk MyCP di PERMATApin­tar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.

 ??  ?? KANAK-KANAK menghidap CP membuat persembaha­n pada Konsert Amal Art of Music Kutip Dana untuk MyCP di PERMATApin­tar UKM.
KANAK-KANAK menghidap CP membuat persembaha­n pada Konsert Amal Art of Music Kutip Dana untuk MyCP di PERMATApin­tar UKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia