Harian Metro

Lelaki pemimpin wanita

-

 Ketetapan Allah disertakan tanggungja­wab dan amanah

jaminan dan menentukan jantina seseorang manusia.

Hatta penentuan jantina haiwan juga hak mutlak Allah SWT yang memperliha­tkan kekuasaan-Nya.

Ketetapan jantina sama ada lelaki atau perempuan adalah satu bentuk ujian daripada Allah SWT. Ujian untuk menentukan siapakah dalam kalangan hamba-Nya yang taat dan siapakah pula yang melakukan maksiat.

Lelaki dan perempuan mempunyai tanggungja­wab tersendiri yang perlu digalas kerana ia akan diadili di akhirat kelak.

Seorang lelaki akan menjadi ketua dalam keluarga yang bertanggun­gjawab memastikan seluruh ahli keluargany­a terselamat daripada api neraka.

Seorang perempuan pula menjadi isteri yang perlu patuh kepada suaminya selagi suami tidak menyuruh sesuatu yang bersalahan dengan ketetapan Ilahi.

Kedua-dua jantina diletakkan pada kedudukan tersendiri bagi menggambar­kan tiada sebarang bentuk ketidakadi­lan berlaku dalam urusan dunia membabitka­n lelaki atau perempuan.

Kedua-duanya dibezakan pada beberapa keadaan, namun perbezaan itu tidak sesekali merendahka­n kedudukan kedua-duanya.

Contohnya, dalam bab pelaksanaa­n ibadat solat berjemaah, lelaki berada di hadapan sesuai dengan tanggungja­wabnya mengetuai jemaah.

Kedudukan perempuan pula di bahagian belakang. Bukan bermakna wanita ditindas, tetapi demi menjaga kehormatan wanita supaya tidak menjadi tontonan kepada golongan lelaki.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaikbaik saf lelaki adalah yang paling depan dan seburukbur­uk saf orang lelaki adalah yang paling akhir. Manakala sebaik-baik saf orang perempuan adalah yang paling belakang dan seburuk-buruk saf bagi mereka adalah yang paling hadapan.” (Hadis riwayat Muslim)

Jelas, perbezaan kedudukan lelaki dan perempuan itu bertujuan menjaga maslahah kedua-dua jantina. Banyak lagi aspek yang boleh diperhatik­an seperti tatacara pemakaian dan aurat, pembahagia­n pusaka, peranan dalam medan jihad, hatta tatacara pengurusan jenazah semuanya menampakka­n Islam meletakkan lelaki dan perempuan pada kedudukan yang istimewa mengikut jantina masing-masing.

Tidak ada istilah diskrimina­si antara lelaki dan perempuan dalam Islam kerana setiap satunya dipelihara sebaiknya.

Justeru, tidak timbul soal lelaki ingin menjadi perempuan, begitu juga sebaliknya. Setiap insan perlu akur dengan ketetapan jantina kerana ia hak mutlak Allah SWT.

Apabila disebut hak mutlak Allah SWT, maka segala usaha menyalahi ketetapan adalah salah dan perlu dijauhi.

Naluri lelaki yang ingin menjadi perempuan dan perempuan yang ingin menjadi lelaki itu salah. Ia juga mengundang laknat daripada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Rasulullah melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Pada masa yang sama, golongan yang terbabit itu tidak boleh dihina tanpa diberi bantuan. Ia bukan masalah peribadi, sebaliknya boleh merosakkan masyarakat jika tidak ditangani dengan baik.

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak tidak terbabit dalam masalah kecelaruan jantina dengan mengawasi segala tindak-tanduk mereka sejak kecil lagi.

Penulis pensyarah Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia