Harian Metro

Laluan sukar

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my

 PH akui berdepan cabaran menentang BN di PRK Cameron Highlands

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Pakatan Harapan (PH) berdepan laluan sukar menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak sebelum menjadi kerajaan lagi, PH berdepan cabaran apabila menentang BN termasuk calon UMNO dan ia semakin sukar pada PRK kali ini kerana parti itu menggunaka­n sentimen tempatan.

“Sudah tentu ia sebahagian daripada cara (memainkan sentimen tempatan), tetapi anda perlu bertanding. Berdasarka­n apa yang kita tawarkan, sekurang-kurangnya jika pengundi mengundi kita, itu sudah cukup baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Konvensyen Malaysia Positif 2019 dan Kempen Malaysia Positif di sini, semalam.

Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR berkata demikian ketika mengulas langkah UMNO meletakkan bekas pegawai polis, Ramli Mohd Noor daripada kaum Orang Asli di kawasan itu bertanding di PRK berkenaan.

PRK Parlimen Cameron Highlands menyaksika­n saingan empat penjuru antara Ramli, calon PH, M Manogaran dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib serta Wong Seng Yee.

Ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Dewan Negara, Bob Manolan Mohamad berhubung kenyataann­ya yang dikatakan mengugut untuk melucutkan jawatan Tok Batin serta enggan membayar gaji mereka jika tidak menyokong PH, Dr Wan Azizah berkata, Bob Manolan tidak bermaksud begitu.

“Saya sudah tanya beliau dan beliau memaklumka­n tidak bermaksud begitu. (Tindakan) itu saya serahkan kepada Presiden baharu (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Kita memang tidak bersetuju beliau memberi ugutan. Di mana-mana pun, kita mesti berhati-hati dengan apa yang diucapkan,” katanya.

Mengenai beberapa keping gambar yang tular di media sosial sejak pagi semalam menunjukka­n seorang wanita mengenakan baju PH memberi wang dipercayai kepada penduduk Orang Asli di Cameron Highlands, Dr Wan Azizah berkata, perkara itu perlu diselidik terlebih dulu.

 ?? Dr Wan Azizah Wan Ismail ?? Berdasarka­n apa yang kita tawarkan, sekurang-kurangnnya jika pengundi mengundi kita, itu sudah cukup baik”
Dr Wan Azizah Wan Ismail Berdasarka­n apa yang kita tawarkan, sekurang-kurangnnya jika pengundi mengundi kita, itu sudah cukup baik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia