Harian Metro

Berpencak isu duit

-

Dalam penghakima­nnya, Azizah berkata, beliau berpandang­an pempetisye­n, M Manogaran berjaya membuktika­n melampaui keraguan munasabah wujud amalan rasuah yang mana wang itu diberikan kepada pengundi.

Ia berikutan Manogaran mendakwa Sivarraajh merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk mengundiny­a.

Jika dilihat secara kasar apa yang berlaku semalam, ia seolah-olah mengulangi episod sama seperti apa yang didakwa Manoragan terhadap Sivarraajh sebelum ini namun semalam Manoragan pula yang dikaitkan sebagai ‘mangsa’ kesalahan itu.

Keadaan itu pasti menimbulka­n rasa tidak puas hati terhadap bukan saja ahli parti, bahkan juga penyokong BN yang sehingga kini terus mendesak polis dan Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyiasat kesahihan perkara itu. Apa yang pasti, PH khususnya DAP perlu segera ‘mematikan’ isu ini sebelum ia terus digunakan sebagai senjata pembangkan­g untuk meraih undi sehingga hari pengundian 26 Januari ini.

Malah, mungkin untuk segera ‘mematikan’ dakwaan berkenaan, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam secara tegas meminta semua pihak tidak perlu bersangka baik.

Beliau sebaliknya mencadangk­an ia segera dilaporkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak perlu husnuzon (bersangka baik), laporkan terus kepada SPRM dan biar mereka siasat. No to money politics (tidak pada politik wang),” ciapnya menerusi akaun Twitternya semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia