Harian Metro

‘Bukan duit saya’: Mano Pemuda BN buat laporan polis

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

 PH perjelas pengagihan babit wang petrol kepada sukarelawa­n bertugas

Cameron Highlands: Satu laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat pemuda Barisan Nasional (BN) petang semalam berhubung penyebaran gambar wanita mengenakan baju Pakatan Harapan (PH) dilihat memberi wang kepada penduduk.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Farid Mohd Noor berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa siasatan lebih lanjut dilakukan oleh agensi itu, termasuk menyoal siasat individu terbabit.

Katanya, gambar yang tular menerusi media sosial merakam seorang wanita kepada penyokong PH memberi wang dipercayai pengundi di parlimen Cameron Highlands dilihat satu tindakan serius.

“Kami minta supaya SPRM menyiasat perkara ini dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Laporan kepada

SPRM itu dibuat di Pusat Operasi SPRM di Hotel Merlin, di sini.

Beliau berkata, gambar tersebar di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp sejak pagi semalam mencetuska­n banyak persoalan mengenai kempen bersih diuar-uarkan PH selama ini termasuk calon mereka di sini.

Beliau berkata, satu laporan polis juga dibuat sayap pemuda UMNO Pahang di Balai Polis Sungai Koyan.

Beberapa keping gambar tular di media sosial sejak pagi semalam menunjukka­n seorang wanita mengenakan baju PH memberi wang dipercayai kepada penduduk Orang Asli di Cameron Highlands.

Satu lagi laporan polis dibuat Pemuda MIC Kebangsaan di Balai Polis Tanah Rata di sini, berhubung dakwaan sama.

Ketua Pemuda MIC, R Thinalan, menggesa polis dan Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyiasat siapakah wanita berkenaan dan di mana kejadian itu berlaku. Suhu sejuk di pusat peranginan Cameron Highlands pada hari kedua kempen pilihan raya kecil (PRK) semalam tiba-tiba menjadi ‘panas’ walaupun jam ketika itu baru menunjukka­n 8 pagi.

Ini kerana pada waktu itulah, tular beberapa keping gambar menunjukka­n beberapa individu memakai baju dengan logo Pakatan Harapan (PH) didakwa mengagihka­n wang kepada penduduk daerah ini.

Keadaan itu pantas menimbulka­n pelbagai versi dan spekulasi dalam kalangan petugas media, jentera parti kerajaan dan pembangkan­g mahupun calon yang bertanding.

Bagi Barisan Nasional (BN) khususnya MIC, mereka tentunya tidak perlu tunggu lama untuk mengaitkan­nya persamaan itu dengan apa yang berlaku terhadap parti sehingga menyebabka­n mereka kehilangan kerusi tradisi itu hampir dua bulan lalu.

November lalu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytih­arkan keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Mei lalu yang dimenangi calon BN Datuk C Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terbatal dan tidak sah.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan oleh Sivarraajh.

 ??  ?? MANOGARAN beramah mesra dengan penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Relong, Pos Mensun, Cameron Highlands.
MANOGARAN beramah mesra dengan penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Relong, Pos Mensun, Cameron Highlands.
 ??  ?? MOHD Farid
MOHD Farid
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia