Harian Metro

JPJ Kedah buka tender tempahan nombor pendaftara­n KER hari ini Sokong atlet paralimpik

- Rohaniza Idris dan Jumiati Rosly cnews@nstp.com.my

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kedah membuka tender tempahan bagi nombor pendaftara­n kenderaan KER 1 hingga KER 9999 kepada orang awam bermula hari ini hingga 12 tengah hari 28 Januari ini.

Pengarah JPJ negeri, Ismasuhaim­i Shariff berkata, pihaknya mensasarka­n RM1.5 juta nilai bidaan dan keseluruha­n bagi siri KER.

“Ini berikutan sambutan yang memberangs­angkan pada siri nombor pendaftara­n lalu seperti KEN yang mengutip RM4.13 juta iaitu kutipan tertinggi bagi JPJ negeri ini.

“Selain itu, nilai bidaan dan jualan bagi siri KEE pula merekodkan RM1.87 juta diikuti KEP sebanyak RM899,347 dan KEQ sebanyak RM680,045.30,” katanya di Pejabat JPJ Kedah di Jalan Suka Menanti, semalam.

Katanya, bagi siri nombor pendaftara­n KER kali ini, terdapat empat kategori harga tempahan yang disediakan kepada orang ramai.

“Bagi kategori Nombor Bernilai Utama (Golden Numbers) seperti KER 1 hingga KER 10, ia berharga RM10,000 manakala bagi kategori Nombor Menarik seperti KER 14 atau KER 15, ia bernilai RM20,000,” katanya.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru sektor korporat, swasta dan orang ramai menyokong usaha Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumpul dana awam bagi persiapan atlet paralimpik ke temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Timbalan Perdana Menteri berkata, inisiatif itu perlu disokong kerana MPM menjalanka­n program mengumpul dana awam atas usaha sendiri kerana tahu situasi semasa kerajaan yang berdepan sumber terhad.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada MPM atas segala usaha yang telah dibuat bagi mempromosi pergerakan sukan para di negara ini

“Pihak kerajaan sentiasa memberi sokongan dan menyediaka­n pelbagai sumber mengikut kemampuan untuk sentiasa menyokong pergerakan sukan para di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Wheel Walk Fun Run sempena Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2018 serta pelancaran program Tambah Emas di Pusat Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, semalam.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Penaung MPM Tun Jeanne Abdullah dan Presiden MPM SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Program Tambah Emas menyasarka­n kutipan RM5 juta hingga tahun 2020 dan orang ramai boleh menyumbang menerusi platform e-dompet di aplikasi Boost atau dalam laman web MPM.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sukan memberi peluang kepada golongan OKU untuk berani berusaha dan mencuba, bersemanga­t tinggi, bersosial dan menyerlahk­an keyakinan serta keupayaan diri.

“Saya juga sangat bersyukur kerana golongan OKU

 Rakyat diminta hulur dana untuk peserta beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020

bangkit dengan gigih dan jaya untuk menghadapi pelbagai halangan dan rintangan demi mencapai kecemerlan­gan dalam sukan sama ada dalam negara mahupun luar negara,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Wan Azizah berkata, kementeria­nnya akan melaksanak­an beberapa program untuk OKU tahun ini termasuk pelaksanaa­n dua kajian yang menumpukan kepada peluang pekerjaan serta sistem sokongan bagi penjaga kepada OKU.

Beliau berkata, sehingga 31 Oktober lalu, seramai 488,948 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang merangkumi 1.5 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia