Harian Metro

Terus hukuman pakai vest ‘monyet’

-

Kinabalu: Pejabat Daerah Semporna tetap meneruskan hukuman pemakaian vest ‘monyet’ terhadap individu yang membuang sampah merata-rata sehingga daerah ini diisytihar­kan bebas sampah.

Pegawai Daerah Semporna Bianus Kontong berkata, Jawatankua­sa Ops Payung Bersepadu di bawah pejabat daerah turut menaik taraf vest terbabit dengan menambah perkataan ‘kerja amal mengutip sampah’, sejak Jumaat lalu.

Menurutnya, tulisan ‘monyet’ pada vest itu juga tidak lagi digunakan, sebaliknya diganti dengan gambar haiwan berkenaan.

Di Semporna, katanya, masalah sampah di pekan itu amat kritikal dan unik, malah jika diibaratka­n seperti penyakit kanser, ia bagaikan sudah mencapai tahap empat, kritikal.

“Oleh kerana kritikal dan unik, ia memerlukan jalan penyelesai­an yang unik dan drastik. Kami tidak akan berganjak daripada usaha ini, walaupun ada badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak asasi manusia membantah.

“Apa yang penting, kami mencapai objektif iaitu bebaskan Semporna daripada masalah sampah-sarap.

“Ini sejajar sasaran jawatankua­sa untuk Semporna bebas sampah pada 1 April, jika tidak tercapai, usaha ini akan tetap diteruskan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Khamis lalu Harian Metro melaporkan, seramai 12 individu dikenakan denda oleh Majlis Daerah Semporna (MDS) dengan melakukan kerja amal mengutip sampah sambil memakai vest tertulis perkataan ‘monyet’ selepas didapati membuang sampah sesuka hati.

 ??  ?? SEORANG lelaki memakai vest tertulis ‘kerja amal mengutip sampah’ sebagai denda kerana membuang sampah merata tempat.
SEORANG lelaki memakai vest tertulis ‘kerja amal mengutip sampah’ sebagai denda kerana membuang sampah merata tempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia