Harian Metro

Aminuddin ketuai senarai

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@nstp.com.my

 MB terima darjah bergelar Datuk Seri

Menteri Besar, Aminuddin Harun mendahului senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-71 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semalam.

Beliau akan menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri pada istiadat pengurniaa­n yang akan diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Turut menerima darjah kebesaran sama adalah Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador.

Tiga individu pula menerima Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Zulkefly Mohamad Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malik dan Setiausaha Agung Kementeria­n Hal Ehwal Parlimen Maghribi, Dr Hassan Ammari.

Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk dianugerah­kan kepada 16 individu.

Antaranya Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidik­an dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan, Prof Dr Nasrudin Mohammed, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Muhammad Haizuan Rozali, dan Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER), Sabuddin Sani.

 ??  ?? ABDUL Hamid
ABDUL Hamid
 ??  ?? AMINUDDIN
AMINUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia