Harian Metro

AIM tetap pada landasan

-

Johor Bahru: Dakwaan mengatakan peranan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudah lari daripada landasan penubuhann­ya satu tohmahan tidak wajar.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berkata, di bawah Pakatan Harapan (PH) pelbagai usaha dilakukan terhadap AIM bagi mengembali­kan semula dan menambah baik peranan organisasi itu.

Katanya, PH juga sudah menyemak semua anak syarikat AIM dan semua isu serta penyalahgu­naan sudah ditekankan untuk ditambah baik.

“Kalau hendak dikatakan peranan AIM jauh beza dibawah pentadbira­n PH, itu dakwaan yang tidak wajar, sedangkan kita (PH) baru lapan bulan memerintah manakala AIM ditubuhkan sejak sekian lama.

“Jika kita lihat baru-baru ini bila buat semakan ada beberapa anak syarikat dibawah AIM sekiranya ada penyalahgu­naan kita tekankan dan tambah baik yang itupun bukan dilakukan ketika zaman PH, sebaliknya kerajaan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Menteri Pembanguna­n Luar Bandar bersama Exco Luar Bandar (MEXCLUB) di sini, semalam.

Rina berkata, pemilihan Pengerusi AIM yang baharu, Datuk Junaidah Kiting dibuat berdasarka­n kelayakan bukannya amalan ‘kronisme’ seperti yang didakwa.

“Sahabat AIM 99 peratus dalam kalangan wanita dan saya rasa pemilihan pengerusin­ya bukan saja wanita, bahkan mempunyai latar belakang usahawan yang berjaya membuatkan beliau lebih dekat dan mampu menjiwai sahabat AIM,” katanya.

Semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan Pengasas AIM, Prof Sukor Kasim menggesa badan itu kembali kepada matlamat asalnya iaitu untuk membantu golongan miskin selaras dengan ikrar yang diungkapka­n.

Selain isu asas tidak diselesaik­an, Sukor turut menyelar tindakan AIM melantik pengurusan terbaru selepas kemenangan PH.

Dakwanya, lantikan itu berdasarka­n kronisme apabila isteri kepada seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri dilantik menjadi Pengerusi baharu AIM.

 ??  ?? RINA (tengah) beramah mesra dengan Exco Luar Bandar, semalam.
RINA (tengah) beramah mesra dengan Exco Luar Bandar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia