Harian Metro

Tubuh jawatankua­sa banteras sindiket seludup

-

Genting Highlands: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menubuhkan lima jawatankua­sa yang akan bekerjasam­a membantera­s sindiket penyeludup­an di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, persetujua­n membentuk lima jawatankua­sa itu dibuat susulan banyak ancaman dihadapi pegawai kastam ketika menjalanka­n operasi penguatkua­saan.

Katanya, antara ancaman itu termasukla­h tindakan ganas kumpulan sindiket penyeludup­an yang menggunaka­n khidmat tonto bagi menakut, menggertak dan menggagalk­an operasi dijalankan pegawai kastam.

“Jawatankua­sa itu nanti akan menyelaras dan melihat keperluan untuk meletakkan anggota serta pegawai polis dalam operasi dijalankan kastam.

Hadir sama Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromania­m.

Mohamad Fuzi berkata, cabaran dihadapi anggota dan pegawai kastam kini semakin getir susulan kegiatan sindiket penyeludup­an di negara ini yang semakin meningkat.

“Antara sindiket ini termasuk kegiatan penyeludup­an rokok, arak, mercun serta barang terlarang seperti senjata dan dadah.

“Jadi, penubuhan jawatankua­sa itu antara langkah proaktif bagi mencegah sindiket penyeludup­an ini,” katanya.

Sementara itu, Subromania­m berkata, pihaknya mengalu-alukan pembabitan PDRM dalam operasi dijalankan mereka.

Katanya, ia kerana JKDM mempunyai maklumat dan pangkalan data kegiatan penyeludup­an di negara ini sebagaiman­a PDRM yang ada maklumat tersendiri terhadap kegiatan jenayah dijalankan sindiket penyeludup­an.

“Maklumat ini berbeza dan saling diperlukan antara JKDM dan PDRM bagi membantera­s kegiatan penyeludup­an.

“Jadi, saya sambut baik usaha sama ini dalam membantera­s kegiatan penyeludup­an,” katanya.

Beliau berkata, JKDM sudah mengenal pasti kegiatan penyeludup­an di negara ini yang didalangi beberapa sindiket dalam dan luar negara.

Katanya, sindiket berkenaan menggunaka­n beberapa lapisan untuk melindungi kegiatan dan mengaburi mata pihak berkuasa mengenai pembabitan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia