Harian Metro

Masih berusaha jejak Jho Low

-

“Tugas pegawai dan anggota polis itu nanti adalah bagi memberi perlindung­an kepada anggota kastam ketika operasi dijalankan mereka,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri penutup Mesyuarat Peringkat Tertinggi JKDM dan PDRM Kali ke-4 di sini, semalam.

Genting Highlands: “Buat masa ini kita masih tidak mempunyai maklumat di mana Jho Low berada,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berhubung usaha dijalankan untuk mengesan ahli perniagaan dalam buruan itu.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengadakan perbincang­an dengan pihak berkuasa China untuk mengesan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho yang terbabit skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Katanya, sehingga kini PDRM tidak mempunyai butiran mengenai lokasi sebenar Jho Low dan usaha mengesanny­a masih dilakukan termasuk dengan kerjasama Polis Antarabang­sa (INTERPOL).

“Malah, PDRM sendiri sudah berbincang dengan pihak berkuasa China serta INTERPOL bagi mengesanny­a (Jho Low) tetapi tiada perkembang­an serta maklumat lanjut lokasi lelaki itu,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, usaha mengesan ahli perniagaan itu akan terus dilakukan berikutan maklumat daripadany­a diperlukan bagi membantu siasatan terhadap penyelewen­gan dana berbilion ringgit milik 1MDB.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi
MOHAMAD Fuzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia