Harian Metro

Tangani cukai palsu

- Mohd Firdaus Ibrahim cnews@nstp.com.my

 JKDM tumpu banteras penyeludup­an rokok, minuman keras

Kewujudan setem cukai rokok palsu dalam pasaran di seluruh negara yang didalangi syarikat tempatan kini menjadi tumpuan utama pembantera­san oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Untuk rekod, setem cukai palsu digunakan segelintir syarikat tempatan bagi mengelakka­n mereka daripada membayar cukai kepada kerajaan.

Penggunaan setem cukai rokok palsu juga membolehka­n barangan itu dipaparkan bersama rokok sah di kedai runcit.

Mengulas isu berkenaan, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata, penggunaan setem cukai rokok palsu antara fokus utama pihaknya dalam mengembali­kan hasil negara yang hilang.

“Kita menyasarka­n kutipan cukai bagi tahun ini sebanyak RM7 bilion. Setem cukai rokok palsu juga antara satu daripada agenda utama JKDM untuk pembantera­san, selain penyeludup­an rokok dan minuman keras.

“JDKM serius dan sudah mengisytih­arkan ‘perang’ kepada sindiket penyeludup­an termasukla­h penggunaan setem (cukai) palsu.

“Buktinya, enam kes yang dibawa ke mahkamah sudah disabitkan kesalahan dan puluhan lagi (kes) sedang dibicaraka­n termasukla­h penggunaan setem palsu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Peringkat Tertinggi JKDM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di Genting Highlands di sini, semalam.

Menurutnya, dia menasihatk­an peniaga supaya tidak menjual rokok seludup ataupun rokok tidak sah yang menggunaka­n setem cukai palsu.

“Mereka (peniaga) tidak boleh beri alasan tidak tahu kerana cukai bagi sekotak rokok saja sudah RM8 dan bila ditambah Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) menjadi sekitar RM9. Tidak logik harga rokok boleh dijual antara RM6 atau lebih murah.

“Saya nasihatkan mereka supaya hentikanny­a. Purata kejayaan kes pertuduhan di mahkamah adalah 100 peratus. Kita akan pastikan penguat kuasa JDKM di seluruh negara bergerak aktif melakukan pemeriksaa­n di semua premis. Hentikan!

“Kami juga akan memperheba­tkan serbuan dan mengheret penjual serta penyeludup ke mahkamah,” katanya.

Katanya, pegawai JKDM yang terbabit dalam melindungi sindiket penyeludup­an juga akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 137 Akta Kastam 1967.

“Denda RM10,000 kini dinaikkan sehingga RM500,000. Malah, JKDM juga mewujudkan Unit Khas terdiri daripada 27 pegawai yang bertanggun­gjawab menjalanka­n siasatan dalaman, seterusnya melakukan pendakwaan kepada anggota dan pegawai kastam terbabit,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata, kerjasama antara pihaknya dan JDKM akan diperkasak­an.

“Contohnya, pembabitan polis dalam kegiatan penyeludup­an. Kita akan duduk bersama dan berbincang untuk mengambil tindakan berkaitan,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua pimpinan tertinggi itu mengumumka­n penubuhan lima jawatankua­sa yang akan berkolabor­asi dalam membantera­s kegiatan penyeludup­an dan ancaman keselamata­n membabitka­n tonto.

Harian Metro semalam melaporkan, dua penjaga kedai runcit warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datuk di Kuala Langat atas tuduhan menyimpan rokok keluaran tempatan yang dipalsukan setem cukai di dua premis berbeza, minggu lalu.

Tertuduh, Riza Rifari, 20, warga Indonesia dan Mahmmed Asruddeen Karike Basheer, 26, warga India membuat pengakuan itu dan memohon dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor. Mengikut pertuduhan, Riza didakwa memiliki barang larangan iaitu 1,600 batang rokok daripada satu jenama tempatan tetapi berlainan perisa yang dianggarka­n bernilai RM128.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah premis di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, jam 12.30 tengah hari, 3 Januari lalu. Mahmed Asruddeen pula didakwa memiliki 1,380 batang rokok daripada dua jenama tempatan berlainan perisa dianggarka­n bernilai RM107.20 di sebuah premis di Kampung Bukit Changgang, jam 10.30 pagi, 2 Januari lalu.

 ??  ?? SUBROMANIA­M (kanan) bersama Mohamad Fuzi bertukar nota kerjasama antara JKDM dengan PDRM.
SUBROMANIA­M (kanan) bersama Mohamad Fuzi bertukar nota kerjasama antara JKDM dengan PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia