Harian Metro

Pendam rahsia malam tahun baharu

-

Petaling Jaya: Diajak bersiar-siar kenalan WeChat sebelum dinoda. Itu detik hitam dialami wanita berusia 24 tahun apabila dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Damansara Damai di sini, pada malam ambang tahun baharu lalu.

Bagaimanap­un, keluarga mangsa hanya mengetahui rahsia itu Selasa lalu selepas wanita terbabit menceritak­an kejadian kepada abangnya dan membuat laporan polis, Khamis lalu.

Sumber berkata, mangsa mengenali suspek melalui aplikasi WeChat seminggu sebelum kejadian.

“Pada malam 31 Disember tahun lalu, ketika berada di rumahnya di Rawang, mangsa menerima mesej melalui WeChat daripada seorang lelaki yang dikenali kira-kira seminggu lalu, mengajakny­a bersiar-siar.

“Lelaki berkenaan menjemput mangsa dengan menaiki motosikal Yamaha Ego dan mengajakny­a berjalan-jalan ke Damansara Damai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, lelaki berkenaan bagaimanap­un memberhent­ikan motosikal di depan sebuah hotel, namun mangsa meminta suspek membawanya pulang.

“Mangsa mendakwa tidak mahu mengikut lelaki itu, namun dipaksa supaya mengikut suspek ke hotel. Mangsa yang tidak mahu diapa-apakan akur sebelum suspek mendaftar masuk ke sebuah bilik.

“Selepas memaksa mangsa masuk ke bilik, wanita berkenaan dirogol. Lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumahnya selepas kejadian,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa hanya menceritak­an kejadian kepada abangnya pada Selasa lalu.

“Abangnya kemudian mengesan lelaki terbabit dan membawanya ke rumah keluarga mangsa, Khamis lalu.

“Sambil disaksikan ibu bapa mangsa, suspek mengaku merogol wanita berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat mangsa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia