Harian Metro

Anak Raja Petra sah keluar Gerakan

-

Anak penulis blog kontrovers­i Raja Petra Raja Kamaruddin, Raja Sara semalam mengesahka­n keluar daripada parti Gerakan sekali gus melepaskan semua jawatannya dalam parti termasuk sebagai Timbalan Ketua Wanita Gerakan.

“Betul, saya sudah meletak jawatan pada Jumaat lalu,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini.

Surat peletakan jawatannya dikongsi Raja Petra menerusi laman sosial Twitter Jumaat lalu.

Raja Sara, 30, yang menyertai Gerakan pada 2017, adalah satu-satunya calon wanita yang bertanding bagi jawatan naib presiden pada pemilihan parti, November lalu.

Beliau juga satu-satunya wanita Melayu dalam Jawatankua­sa Wanita Gerakan Kebangsaan bagi penggal 2018-2021.

Sementara itu, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau berkata pihaknya sudah menerima surat peletakan jawatan Raja Sara pada Jumaat lalu.

“Raja Sara tidak menyatakan sebab apa beliau meletakkan jawatan, tapi kami menerima dan menghormat­i keputusan beliau,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat jawatankua­sa pusat pada minggu depan di Pulau Pinang bagi memilih individu yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

“Kami akan menyerahka­n keputusan kepada Jawatankua­sa Wanita Gerakan Kebangsaan untuk memilih sendiri calon yang dirasakan layak mengisi kekosongan jawatan itu,” katanya. - BERNAMA

 ??  ?? RAJA Sara
RAJA Sara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia