Harian Metro

Merempit lagak Super-Man

-

Sr tingkatan tiga antara lima individu ditahan selepas didapati menunggang motosikal secara melulu di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), di sini, semalam.

Mereka ditahan dalam Op Samseng Jalanan diketuai Asisten Superinten­dan Ahmad Fuad Mahmod bersama beberapa anggota Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, bermula jam 1.30 pagi hingga jam 4.30 pagi semalam.

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika operasi dijalankan lima individu terbabit yang berusia antara 15 hingga 25 tahun didapati menunggang motosikal secara berbahaya.

“Mereka didapati melakukan kesalahan menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘Super-Man’ serta ‘Zig Zag’ selain bersaing sesama sendiri dalam kelajuan tinggi.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati seorang daripada mereka iaitu remaja lelaki berusia 15 tahun tidak memiliki lesen,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Zulkefly berkata, lima individu terbabit turut didapati melakukan kesalahan lain yang menyebabka­n saman dikeluarka­n terhadap mereka.

“Antara kesalahan lain dilakukan adalah membuat pengubahsu­aian sistem enjin untuk menambah kelajuan, ubah suai struktur motosikal seperti ekzos,

 Pelajar lelaki tingkatan tiga antara lima individu ditahan

menggunaka­n tayar kecil dan penggunaan nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i.

“Mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana menunggang secara berbahaya,” katanya.

 ??  ?? LIMA individu yang ditahan dalam operasi dibawa ke balai polis.
LIMA individu yang ditahan dalam operasi dibawa ke balai polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia