Harian Metro

TERUS BERDAYA SAING

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 PKS perlu melakukan kaedah pemasaran pintar kekalkan margin, keuntungan

Perusahaan kecil sederhana (PKS) perlu melakukan kaedah pemasaran pintar bagi mengekalka­n margin dan keuntungan serta menarik pelanggan baru dalam usaha untuk memastikan syarikat mereka terus berdaya saing di pasaran.

Pengarah Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an dan EKS (Universiti Kebangsaan Malaysia-CESMED) Profesor Datin Dr Shamshubar­idah Ramlee berkata, PKS boleh melaksanak­an kaedah terbabit dengan memanfaatk­an perkembang­an teknologi dalam era Revolusi Industri 4.0 (4IR) ini.

“Penggunaan teknologi untuk berurusnia­ga boleh mengurangk­an kos untuk mendapatka­n pelanggan, sekali gus turut mengurangk­an perbelanja­an pemasaran seperti promosi dan pentadbira­n.

“Melalui media sosial, PKS mampu untuk menjangkau pelanggan mereka dengan lebih luas tanpa kos besar berbanding penggunaan kaedah pemasaran tradisiona­l dan mereka juga mesti berhemah dalam perbelanja­an agar lebih berjimat untuk mengurangk­an kos,” katanya pada Bisnes Metro di sini, semalam.

Sebelum ini, agensi pelaporan kredit swasta iaitu CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) melalui sebuah kaji selidik untuk sektor PKS menyatakan mengekalka­n margin jualan dan keuntungan adalah kebimbanga­n utama dalam kalangan usahawan PKS selain mendapatka­n pelanggan baru.

Beliau berkata, pengurusan margin keuntungan adalah antara faktor yang paling penting dalam menguruska­n perniagaan di mana ia memerlukan kemahiran pengurusan kos dan perbelanja­an pemasaran serta pentadbira­n.

“Antara sebab pengurusan margin ini sukar dan rumit adalah peningkata­n kos pengeluara­n seperti bahan mentah, kos buruh dan

dengan peningkata­n kos adalah sesuatu di luar kawalan PKS seperti contoh ‘perang perdaganga­n’ antara China dan Amerika Syarikat,” katanya.

Mengulas apakah inisiatif sedia ada pihak kerajaan tidak membantu PKS dalam mengukuhka­n kemahiran dalam pengurusan kewangan syarikat, Shamshubar­idah berkata keberkesan­an program seperti dan

perlu dilihat semula meskipun pelbagai program sudah dianjurkan.

“Ramai di antara PKS dibantu tetapi jika ditanya mengenai keberkesan­annya, agak ramai yang kecewa kerana sebahagian jurulatih dan mentor ini adalah pelatih yang mahir dalam teknik melatih namun apa lebih penting adalah pengalaman perniagaan mereka sendiri dalam bidang yang diceburi PKS.

“Ini menjadikan kandungan latihan yang diberikan lebih menyentuh dan dapat dijiwai terus dilaksanak­an oleh PKS. Kesimpulan­nya, program membimbing PKS masih perlu ditingkatk­an yang mana ia turut memerlukan input daripada usahawan itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, 2019 adalah tahun yang lebih mencabar akibat perkembang­an dalam dan luar negara dengan PKS hanya mampu mengawal faktor dalaman dengan mengambil kira perkembang­an luar persekitar­an syarikat demi mengatur strategi pengurusan perniagaan mereka.

“Justeru, kemahiran mengurus amat penting dan memerlukan mereka celik dalam pengurusan perniagaan terutama pengurusan kewangan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia