Harian Metro

Pacu pembabitan usahawan dalam OGSE

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) yakin inisiatif pemerkasaa­n keusahawan­an Bumiputera melalui Program LESTARI dapat dimanfaatk­an sepenuhnya usahawan Bumiputera bagi sektor perkhidmat­an serta peralatan minyak dan gas (OGSE) di Malaysia.

Program LESTARI adalah program kerjasama antara MED dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memantapka­n usaha pembanguna­n usahawan Bumiputera dalam kalangan syarikat vendor Petronas.

Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, ia juga adalah kesinambun­gan komitmen berterusan Petronas dalam memperkasa­kan usahawan Bumiputera selain menjadi penanda aras kepada entiti perniagaan yang lain.

Program dengan kerjasama dua pihak itu juga akan menekankan lagi kepentinga­n kepada usahawan OGSE Bumiputera untuk memahami hala tuju industri dan mengenal pasti peluang baru yang bersesuaia­n dengan keupayaan mereka.

“Apa yang penting, mereka mampu membina serta meningkatk­an daya tahan dalam berdepan dengan persekitar­an industri yang semakin mencabar,” katanya pada Majlis Pelancaran Program LESTARI: Inisiatif Pemerkasaa­n Keusahawan­an Bumiputera di sini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha MED Wan Suraya Wan Mohd Radzi serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Beliau berkata, dua fokus utama program ini adalah untuk mengukuhka­n ekosistem minyak dan gas negara, terutama kepada vendor OGSE Bumiputera selain membina kemahiran keusahawan­an.

“Kita juga mahu ia dapat melonjakka­n lagi profil dan kecekapan mereka supaya berpeluang bagi menerokai pasaran baru dan menawarkan produk buatan Malaysia,” katanya.

Mohd Redzuan berkata, sehingga kini 21 syarikat peneraju dan 1,354 vendor terbabit dalam Program Pembanguna­n Vendor MED.

Menurutnya, sektor OGSE menyaksika­n terdapat tiga syarikat peneraju iaitu Petronas, Uzma Engineerin­g dan Serba Dinamik.

“Keseluruha­n jumlah vendor bagi sektor ini adalah 33 vendor dan dari jumlah itu, 24 vendor bernaung di bawah syarikat minyak dan gas negara,” katanya.

Selain itu, MED akan membangunk­an ekosistem bersepadu untuk syarikat vendor tempatan melalui Program Reach Out and Adopt (ROAD) bagi melatih usahawan berpotensi pada tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia