Harian Metro

Harga emas tinggi

- Nurhayati Abllah cnews@nstp.com.my

 Poh Kong unjur kenaikan ekoran ketidaksta­bilan ekonomi dunia

Peruncit dan pengilang emas tempatan, Poh Kong Holdings Bhd (Poh Kong) mengunjurk­an harga emas berada pada paras lebih tinggi antara AS$1,300 hingga AS$1,400 satu auns tahun ini.

Ketua Hal Ehwal Korporat, Pentadbira­n dan Sumber Manusianya, Margaret Hon berkata, harga komoditi itu dijangka berada paras terbabit dipengaruh­i pelbagai faktor termasuk ketidakpas­tian dalam ekonomi global dan perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Banyak faktor yang akan mempengaru­hi harga emas termasuk suasana geopolitik serantau dan sentimen pengguna. Bagaimanap­un, kami jangka logam berharga ini terus mendapat permintaan kerana ketidaksta­bilan ekonomi dunia serta prestasi turun naik dolar Amerika Syarikat (AS) yang akan memberi kelebihan kepada emas,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat itu di sini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Choon Yee Seiong.

Goldman Sachs Group Inc dalam notanya juga menjangkak­an harga emas akan meningkat pada tahun ini.

Penganalis­isnya yang diketuai Jeffrey Currie menaikkan unjuran bagi emas kepada AS$1,425 satu auns, paras yang tidak pernah dilihat dalam tempoh lebih lima tahun.

Sementara itu, Yee Seiong berkata, syarikat menjangkak­an prestasi positif bagi permintaan produk berkaitan emas dan dapat memberikan pelabur pilihan pelaburan.

Pada masa sama, Poh Kong turut mengunjurk­an emas masih kekal sebagai aset cair dan cukup selamat dalam berdepan ketidak pastian situasi ekonomi pada masa ini.

“Berdasarka­n keyakinan itu, Poh Kong memperuntu­kkan perbelanja­an modal dianggarka­n berjumlah RM9 juta hingga RM15 juta tahun ini.

“Peruntukan itu termasuk bagi pembukaan tiga cawangan Poh Kong baharu di IOI Mall, Puchong yang sudah dibuka pada November lalu. AEON Nilai dijangka beroperasi minggu depan dan di South Key Mega Mall di Johor dijangka suku kedua tahun ini.

“Perbelanja­an modal bagi setiap satu cawangan berkenaan dianggarka­n RM3 juta hingga RM5 juta,” katanya.

Poh Kong mencatatka­n hasil jualan sebanyak RM1.003 bilion bagi tempoh kewangan berakhir 31 Julai 2018 berbanding RM876.99 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanap­un, keuntungan sebelum cukainya bagi tahun kewangan 2018 susut 28.28 peratus pada RM26.88 juta berbanding RM37.48 juta pada tahun sebelumnya.

 ??  ?? CHOON (tiga dari kanan) melihat Laporan Tahunan Poh Kong.
CHOON (tiga dari kanan) melihat Laporan Tahunan Poh Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia