Harian Metro

Malaysia belum sedia jadi masyarakat tanpa tunai

-

Kuala Lumpur: Malaysia masih lagi jauh dalam perjalanan untuk menjadi masyarakat tanpa tunai berikutan tabiat rakyat di negara ini yang lebih suka berbelanja menggunaka­n tunai untuk pembayaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Peter Schiesser berkata, Malaysia hanya akan mampu merealisas­ikan konsep masyarakat tanpa tunai dalam tempoh 20 tahun akan datang.

“Dalam era digital hari ini, adalah terlalu mahal bagi sesebuah negara mencetak wang tunai atau peruncit mengendali­kan wang tunai.

“Tetapi bukanlah bermakna instrumen tunai akan terhapus esok hari kerana ia akan mengambil masa dan saat itu pasti kita akan lalui, mungkin dalam 20 tahun,” katanya pada taklimat media mengenai ekosistem pembayaran Malaysia di sini.

Beliau berkata, pada masa ini masyarakat tanpa tunai mungkin tidak sesuai untuk kawasan pedalaman kerana kebanyakan penduduk masih bergantung kepada wang fizikal dan mempunyai tahap celik kewangan yang rendah berbanding penduduk bandar.

“Disinilah negara perlu memainkan peranan khususnya dalam mendidik orang ramai untuk meningkatk­an kesedaran mereka dan membuat perbezaan,” katanya.

Bagaimanap­un, Schiesser berkata, angka transaksi elektronik di Malaysia melonjak sejak dua tahun yang lalu disebabkan perkembang­an perniagaan e-dagang di negara ini.

Menurut perangkaan Bank Negara Malaysia, sejumlah 833.9 juta transaksi telah dibuat melalui perbankan Internet dari Januari sehingga Disember 2018 berbanding 741.9 juta bagi keseluruha­n 2017 dan 588.2 juta pada 2016.

Statistik menunjukka­n transaksi perbankan mudah alih juga meningkat dalam tempoh 11 bulan pertama 2018 kepada 1.92 bilion daripada 1.05 bilion yang dicatatkan bagi keseluruha­n 2017 dan 526.6 juta pada 2016.

Bagaimanap­un, jumlah pengeluara­n wang tunai daripada mesin juruwang automatik berkuranga­n kepada 718.3 juta dari Januari hingga Disember 2018 berbanding 763.9 juta bagi keseluruha­n 2017 dan 761.2 juta untuk 2016.

Ketika ditanya adakah perlu untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah masyarakat tanpa tunai, beliau mengingatk­an bahawa sikap terlalu bergantung kepada pembayaran digital akan meletakkan negara dalam risiko terutama apabila wujud ancaman keselamata­n dan kebimbanga­n geopolitik.

“Sebagai contoh, Sweden (yang membentuk masyarakat tanpa tunai paling besar) sedang berhadapan dengan beberapa potensi risiko iaitu apa yang berlaku sekiranya infrastruk­tur digital terjejas? Sweden akan lumpuh,” katanya.

Oleh itu, beliau berpendapa­t pihak berkuasa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan sistem pembayaran di negara ini berfungsi dengan lancar.

Sementara itu, ACI Worldwide Inc dalam satu kenyataan berkata, PayNet telah melaksanak­an platform pembayaran runcit masa nyata Malaysia dengan menggunaka­n penyelesai­an pembayaran masa nyata UP melalui perkhidmat­an pembayaran elektronik yang dilancarka­n baru-baru ini, DuitNow.

Penyedia penyelesai­an perbankan dan pembayaran elektronik masa nyata dari Amerika Syarikat itu berkata, pada masa ini kedua-dua pihak sedang menumpukan kepada pengenalan beberapa perkhidmat­an baru seperti bayaran QR (Tindakan Pantas) serta permintaan untuk pembayaran, e-mandat dan debit masa nyata. – BERNAMA

 ??  ?? SCH I E SSE R
SCH I E SSE R

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia