Harian Metro

DPI Holdings teroka empat pasaran baharu Strategi baharu DTC Motors

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

DPI Holdings Bhd, pengeluar cat aerosol yang membuat kemunculan sulung di pasaran ACE Bursa Malaysia merancang untuk mengembang­kan jualan produknya ke empat pasaran baharu pada 2019 termasuk di Kemboja dan Vietnam.

Ketika ini, syarikat itu mengekspor­t produk cat aerosolnya ke tujuh negara antaranya Australia, New Zealand, Indonesia, Jepun dan Singapura.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Peter Chai berkata, penambahan empat pasaran baharu itu adalah sebahagian daripada strategi syarikat untuk meningkatk­an pendapatan­nya.

“Melangkah ke hadapan, kami berhasrat untuk meningkatk­an jumlah produk kami sama ada dengan memperkena­lkan warna baharu atau produk sampingan untuk cat aerosol.

“Produk baharu ini adalah sebagai persediaan untuk syarikat memasuki pasaran baharu. Kami melakukan semua ini untuk menampung kepelbagai­an permintaan bagi membolehka­n syarikat memenuhi keperluan di setiap negara,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenarai­an syarikat itu di Bursa Malaysia.

DTC Motors Sdn Bhd (DTC Motors) akan memberi tumpuan bagi meluaskan pasarannya melalui perancanga­n membuka cawangan baharu di Lembah Klang dan pantai timur pada tahun ini.

Pengarah Urusannya, Md Afendy Wahid berkata, peruntukan modal yang diperlukan bagi membuka satu cawangan dianggarka­n antara RM5 juta dan RM10 juta termasuk stok kereta.

Menurutnya, syarikat turut akan fokus kepada pengiklana­n dan promosi (A&P) bagi membangunk­an semula jenama DTC Motors.

“Kami ingin memberi DTC Motors dengan sentuhan lebih baharu dan segar serta menjadi syarikat Bumiputera yang memberi saingan dalam pasaran kereta import.

“Kami juga mahu pengguna tahu bahawa DTC Motors tidak hanya menjual kereta import mewah, tetapi juga semua kategori kenderaan yang berharga dari RM100,000,” katanya.

Beliau berkata, DTC Motors akan mempelbaga­ikan strategi pemasaran termasuk menggunaka­n medium media sosial bagi tahun ini.

“Kami menyasarka­n untuk menjual lebih kurang 400 unit kereta tahun ini terutama disumbangk­an oleh segmen kenderaan pelbagai guna (MPV),” katanya.

Md Afendy berkata, sempena tahun baharu DTC Motors menawarkan promosi dan diskaun istimewa kepada pelanggan terawalnya termasuk pakej percutian di lokasi menarik di Malaysia.

“Dengan pembaharua­n yang akan kami lakukan dan tawaran harga menarik, kami jangka mampu menarik jualan terutama bagi model yang sentiasa mendapat permintaan iaitu Toyota Vellfire dan Alphard.

“Kelebihan dan kelainan yang ditampilka­n oleh DTC Motors dalam servis selepas jualan dijangka menjadi faktor utama pelanggan memilih DTC Motors,” katanya.

Untuk mendapatka­n maklumat dan tawaran terkini DTC Motors, orang ramai boleh melayari dtcmotors.my atau Facebook (DTC Motors Sdn Bhd) dan Instagram (dtcmotors).

 Perluas pasaran melalui pembukaan cawangan baharu di Lembah Klang, pantai timur

 ??  ?? MD Afendy (tengah) bersama kakitangan di bilik pameran DTC Motors Jalan Ampang.
MD Afendy (tengah) bersama kakitangan di bilik pameran DTC Motors Jalan Ampang.
 ??  ?? CHAI (kanan) selepas majlis penyenarai­an syarikat itu di Bursa Malaysia.
CHAI (kanan) selepas majlis penyenarai­an syarikat itu di Bursa Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia