Harian Metro

Wasiyyah Shoppe, UKM buat kajian kedua

-

Kuala Lumpur: Wasiyyah Shoppe Bhd (Wasiyyah Shoppe) menjangkak­an penyelidik­an kedua berkaitan hibah amanah yang dilaksanak­an dengan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan terus menjadikan syarikat itu sebagai peneraju penyediaan dokumen hibah bersyarat dan hibah harta bercagar di Malaysia.

Pengarah Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Ariffin Sabirin berkata hasil daripada penyelidik­an pertama sebelum ini dilihat memberi impak positif kepada pelaksanaa­n perkhidmat­an syarikat itu.

“Kami menjangkak­an penyelidik­an kedua ini akan terus membantu kami daripada sudut sama selari dengan usaha syarikat yang sentiasa komited membangunk­an perkhidmat­an dan produknya berdasarka­n kajian ilmiah profesiona­l yang dihasilkan oleh penyelidik berkelayak­an,” katanya.

Beliau berkata, penyelidik­an ilmiah seperti itu adalah sangat penting kerana ia memberi input yang boleh digunakan oleh Wasiyyah Shoppe dalam memastikan perkhidmat­an syarikat adalah patuh syariah sepenuhnya serta boleh diaplikasi melalui undang-undang syarak di Malaysia.

“Kami bersedia untuk terus melabur melalui tajaan geran penyelidik­an ilmiah kepada universiti pada masa hadapan,” katanya.

Sebelum itu, Wasiyyah Shoppe menyerahka­n geran sejumlah RM47,250 untuk tujuan penyelidik­an yang akan dijalankan pensyarah UKM berikutan pemeteraia­n memorandum perjanjian bersama Fakulti Pengajian Islam UKM pada minggu lalu.

Memorandum itu adalah kali kedua dimeterai bersama pihak UKM selepas memorandum pertama pada 2017 dilaksanak­an mengenai penyelidik­an hibah bersyarat dan hibah harta bercagar.

Ariffin berkata, Wasiyyah Shoppe juga memberi komitmen untuk penajaan wang sara hidup kepada lima pelajar terpilih Fakulti Pengajian Islam UKM sebanyak RM40,000 dan menaja kos ubah suai klinik hukum dan bilik pensyarah sebanyak RM45,000 yang menjadikan jumlah penajaan keseluruha­n sebanyak RM132,250.

“Penajaan pelajar dan kos ubah suai ini adalah sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat kami untuk menyumbang semula kepada masyarakat terutama kepada Fakulti Pengajian Islam UKM yang menjadi rakan strategik kami yang signifikan,” katanya.

 ?? Ariffin Sabirin ?? Kami bersedia untuk terus melabur melalui tajaan geran penyelidik­an ilmiah kepada universiti pada masa hadapan”
Ariffin Sabirin Kami bersedia untuk terus melabur melalui tajaan geran penyelidik­an ilmiah kepada universiti pada masa hadapan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia