Harian Metro

Bayi hampir mati tertelan jarum jahitan

-

Beijing: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan hampir maut selepas tertelan jarum jahit sepanjang empat sentimeter yang ditinggalk­an ibunya.

Kanak-kanak itu diselamatk­an selepas menjalani pembedahan selama dua jam untuk mengeluark­an jarum itu yang tercucuk di tekak hingga menembusi ke paru-parunya.

KanKan News melaporkan, kejadian berlaku apabila ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Li menjahit baju di rumahnya dan membiarkan kotak jahitan di atas meja.

Kanak-kanak itu mencapai kotak berkenaan dan menarik satu jarum sebelum memasukkan objek itu ke dalam mulutnya.

Wanita itu berjaya mengeluark­an dua jarum di dalam mulut anaknya tetapi satu lagi jarum didapati hilang.

Dia segera memberitah­u suaminya dan terus membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Bagaimanap­un, doktor di hospital itu gagal mengeluark­an jarum berkenaan dan enggan melakukan pembedahan kerana ia terlalu berisiko.

Pasangan itu pergi ke beberapa hospital lain tetapi jawapan yang diterima adalah sama sebelum mereka mendapatka­n rawatan di Hospital Kanak-Kanak Nanjing dua hari kemudian.

“Jarum itu tersangkut di bahagian kiri tekak dan menembusi dinding hingga tercucuk paru-parunya,” kata seorang doktor pakar, Dr Zhao De Yu.

Katanya, pembedahan itu sangat berisiko tetapi kanak-kanak itu mungkin mati sekiranya jarum berkenaan tidak dikeluarka­n segera.

Selepas menjalani pembedahan selama dua jam, doktor akhirnya berjaya mengeluark­an jarum berkenaan. Kanak-kanak itu bernafas menggunaka­n bantuan mesin tetapi akan dipindahka­n ke wad biasa tidak lama lagi. - Agensi

 ??  ?? CELESTE
WYATT ditangkap ketika bersembuny­i di sebuah rumah di tepi sungai di Tallahasse­e pada tahun lalu. - Agensi
CELESTE WYATT ditangkap ketika bersembuny­i di sebuah rumah di tepi sungai di Tallahasse­e pada tahun lalu. - Agensi
 ??  ?? GAMBAR X-ray menunjukka­n kedudukan jarum di dalam tekak kanak-kanak berkenaan. - Agensi
GAMBAR X-ray menunjukka­n kedudukan jarum di dalam tekak kanak-kanak berkenaan. - Agensi
 ??  ?? JARUM jahitan yang dikeluarka­n selepas pembedahan selama dua jam. - Agensi
JARUM jahitan yang dikeluarka­n selepas pembedahan selama dua jam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia