Harian Metro

Darurat salji

- Agensi

 Eropah diselubung­i cuaca terburuk sejak 30 tahun, ragut 21 nyawa

Darurat diisytihar­kan di beberapa bahagian Eropah malam kelmarin selepas jumlah kematian akibat salji terburuk sejak 30 tahun lalu mencecah 21 orang.

Kereta kebal dan tentera dikerah menyelamat­kan penduduk dari rumah mereka dengan keadaan salji setinggi paras leher di Jerman serta Austria, lapor Daily Mail.

Di Switzerlan­d, runtuhan salji seluas 304 meter merempuh bahagian depan sebuah hotel ketika penghuniny­a sedang makan. Tiga orang cedera, namun ajaibnya tiada kematian dilaporkan.

Saksi berkata: “Saya terdengar bunyi kuat sebelum bahagian belakang restoran dilitupi salji yang sangat banyak.”

Beberapa bahagian Eropah lumpuh sejak beberapa hari lalu dengan salji memutuskan hubungan ke perkampung­an terpencil di kawasan gunung, selain mengganggu pengangkut­an. Amaran salji runtuh juga pada tahap kritikal.

Darurat diisytihar­kan di sebahagian besar selatan Jerman, dengan askar dikerahkan membantu orang ramai yang terperangk­ap dalam rumah. Tentera turut dikerahkan di sekitar Albania, Montenegro serta Serbia.

Pakar kaji cuaca Austria, Alexander Radlherr berkata: “Jumlah salji setinggi ini iaitu melebihi altitud 800 meter hanya berlaku setiap 30 hingga 100 tahun.”

Jumaat lalu, helikopter tentera Austria menyelamat­kan 66 remaja Jerman di sebuah rumah rehat di atas gunung selepas mereka terperangk­ap selama beberapa hari.

Salji setebal hampir tiga meter di beberapa bahagian negara itu, dengan tujuh dilaporkan mati dalam tempoh seminggu lalu. Dua pendaki juga hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Di Bavaria, selatan Jerman, seorang budak lelaki berusia sembilan tahun mati dihempap pokok yang tumbang akibat salji terlalu berat. Dia hanya ditemui selepas 40 minit, namun tidak dapat diselamatk­an.

Sementara itu, di Austria seorang remaja mati tertimbus salji runtuh ketika berski dengan keluargany­a. Salji dijangka terus menyelubun­gi Eropah tengah dan utara sehingga pertengaha­n minggu ini.

 ??  ?? PEKERJA membersihk­an salji dari bumbung bangunan. - Daily Mail
PENGANGKUT­AN awam terjejas akibat salji tebal. - Daily Mail
POLIS dan anggota penyelamat membersihk­an runtuhan salji yang meliputi sebuah hotel di pergununga­n Switzerlan­d. - Daily Mail SEORANG pemandu menggunaka­n jentera penyodok untuk membersihk­an jalan di Jerman. - Agensi PEMILIK kediaman berusaha membersihk­an kawasan sekitar sebuah rumah yang diliputi salji tebal. - Agensi
PEKERJA membersihk­an salji dari bumbung bangunan. - Daily Mail PENGANGKUT­AN awam terjejas akibat salji tebal. - Daily Mail POLIS dan anggota penyelamat membersihk­an runtuhan salji yang meliputi sebuah hotel di pergununga­n Switzerlan­d. - Daily Mail SEORANG pemandu menggunaka­n jentera penyodok untuk membersihk­an jalan di Jerman. - Agensi PEMILIK kediaman berusaha membersihk­an kawasan sekitar sebuah rumah yang diliputi salji tebal. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia