Harian Metro

Untuk peminat di seluruh dunia

- DARI MUKA 34

Pada 2016, Fazura teruk dikecam apabila dikatakan memberi persembaha­n tidak memuaskan di konsert sempena perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

Ketika itu, rata-rata netizen meminta adalah lebih baik Fazura kekal sebagai pelakon, bukannya penyanyi.

Mengulas mengenai insiden itu, Fazura berkata, dia enggan menyalahka­n sesiapa.

“Itu adalah dugaan Allah untuk saya. Saya percaya kita kena jatuh dulu sebelum boleh terbang. Saya tidak salahkan katakata mereka dan itu juga menjadi doa serta kejayaan ini membakar semangat saya untuk bekerja keras memperbaik­i diri,” katanya.

Tampil dengan single baru berjudul Can’t Forget Me ciptaan Cameron Forbes dan Willy Beaman, Fazura berkata, dia merakamkan lagu Inggeris sebagai hadiah buat peminat di seluruh dunia.

“Saya buat lagu Inggeris kerana saya ada peminat di Filipina, Indonesia, Singapura dan negara lain termasuk China, jadi ini hadiah untuk peminat di Malaysia serta luar negara,” katanya.

Berkongsi mengenai proses rakaman lagu itu di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, Fazura berkata, dia tetap berdepan cabaran tersendiri.

“Dapat bekerjasam­a dengan komposer dari LA adalah satu penghormat­an dan pengalaman yang menyeronok­kan. Bagaimanap­un, masa sangat terhad di sana.

“Sebelum itu saya berada di New York untuk pertunjuka­n fesyen. Apabila tiba di LA, saya kena kerja keras sebab masa sangat singkat dengan tak cukup tidur dan sebagainya. Saya cuma ada lima jam untuk memerah idea dengan penerbit yang saya tak pernah jumpa. Namun, mereka buat saya rasa selesa.

“Mereka percaya dengan saya walaupun baru jumpa dan prosesnya sangat mudah. Saya menulis lagu ini dengan Cameron dan belajar untuk menulis lirik. Willy juga kerap bertanya apa yang saya mahukan dan terus lakukan.

“Keesokanny­a, banyak perkara saya kena selesaikan dan pada sebelah malam terus buat rakaman. Memang penat sangat sebab tidak cukup tidur. Saya nak beri yang terbaik untuk lagu ini. Saya tak mahu apabila pulang ke Malaysia, saya akan menyesal sebab tidak beri sehabis baik,” katanya.

Bercerita mengenai pembikinan video muzik Can’t Forget Me, Fazura teruja dengan hasil keseluruha­n video arahan Fabian Joseph dan Sarah Lloyd itu walaupun kakinya terseliuh ketika penggambar­an.

“Pada hari pertama penggambar­an pun sudah ada dugaan dengan hujan lebat. Ketika itulah saya terjatuh dan berlaku hentakan kuat di bahagian keting. Selepas itu saya kena menari serta menyanyi selama dua hari dan ia memang mencabar.

“Alhamdulli­lah apa yang saya imaginasik­an serta terjemahka­n tercapai dalam video klip itu. Saya harap siapa yang menonton video klip itu jangan tengok itu diri saya. Sebaliknya bayangkan itu adalah diri anda, rasa yakin, rasa perkasa dan sayangi diri anda,” katanya. - Georgie Joseph

 ??  ?? ANUGERAH disampaika­n Pengarah Urusan Universal Music Malaysia,
Kenny Ong. Mereka percaya dengan saya walaupun baru jumpa dan prosesnya sangat mudah. Saya menulis lagu ini dengan Cameron dan belajar untuk menulis lirik. Willy juga kerap bertanya apa yang saya mahukan dan terus lakukan
ANUGERAH disampaika­n Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong. Mereka percaya dengan saya walaupun baru jumpa dan prosesnya sangat mudah. Saya menulis lagu ini dengan Cameron dan belajar untuk menulis lirik. Willy juga kerap bertanya apa yang saya mahukan dan terus lakukan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia