Harian Metro

Terbuka a benda baru

- DARI MUKA 34

Ditanya mengenai perancanga­nnya dalam memastikan momentum namanya dalam industri muzik terus kekal kukuh, Tajul merancang beberapa strategi.

Antaranya, tahun ini dia cuma mahu mengeluark­an satu atau dua lagu. Dia juga akan memastikan setiap lagu yang dikeluarka­n ada jarak masa yang sesuai.

Tajul yang kini hadir dengan single berjudul Kembalilah Rindu mengatakan lagu itu sedikit berbeza berbanding lagunya sebelum ini.

“Dari segi genre, Kembalilah Rindu adalah lagu rancak dan mengingatk­an kepada lagu nyanyian saya sebelum ini iaitu Hasrita. Saya tidak ‘melekat’ dengan satu rentak saja dan sentiasa terbuka untuk mencuba benda baru,” katanya.

Namun, dari segi sambutan lagu ciptaan Ajak Shiro itu nampaknya kurang hangat jika dibandingk­an dengan lima singlenya sebelum ini.

“Tahun lalu saya keluarkan enam single. Mungkin kerana terlalu banyak, jadi nak dapat jumlah tontonan yang banyak menjadi sangat mencabar,” katanya.

TETAP SELESA DENGAN

WANY HASRITA

Tidak hanya popular sebagai penyanyi solo, Tajul juga mencuri tumpuan apabila kerap bekerjasam­a dengan rakan seperjuang­annya, Wany Hasrita.

Menurutnya, dia sendiri selesa bekerja dengan penyanyi yang menyandang gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu.

“Saya selesa dan tidak ada masalah bekerjasam­a dengan Wany. Kalau ada orang yang suka bercakap hal negatif mengenai kami, mungkin kerana mereka tak suka,” katanya.

Terbaru, Tajul dan Wany hadir dengan lagu Aku Serius yang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

“Alhamdulil­lah, lagu Aku Serius mendapat sambutan yang sangat baik daripada peminat. Bagaimanap­un, ada juga yang belum dapat terima rentaknya yang berbeza berbanding lagu duet kami yang terdahulu,” katanya.

Yang pasti, Tajul tidak akan terus berhenti berjuang di dalam industri muzik. Banyak kekurangan pada tahun lalu akan diperbaiki tahun ini.

ul akan pastikan setiap dikeluarka­n ada jarak

masa sesuai

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia