Harian Metro

Syamel dah berani

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Lagu untuk didendangk­an mencukupi untuk buat persembaha­n khas di Singapura dan Malaysia

Syamel m erancang mengadakan persembaha­n khas buat peminat setianya di Singapura dan Malaysia tahun ini selepas hampir empat tahun mewarnai industri muzik tanah air.

Syamel berkata, sejak bergelar penyanyi, dia tidak pernah mengadakan persembaha­n atau konsert unplugged.

“Keberanian mengadakan persembaha­n solo hadir selepas saya yakin dengan pembabitan diri dalam bidang ini.

“Namun, ia bukanlah persembaha­n berskala besar tapi sekadar hadiah buat peminat yang selama ini menyokong karier saya,” katanya.

Menurut Syamel, persembaha­n yang ingin dibuat bukan syarat selepas empat tahun bergelar penyanyi sebaliknya sudah mencukupi lagu untuk didendangk­an.

“Saya bukan letak syarat tapi sudah cukup lagu untuk sebuah persembaha­n mini. Sebelum ini saya memang tiada keyakinan kerana nak suruh orang datang dan membeli tiket bukan perkara yang mudah.

“Namun, kali ini saya berani mempertaru­hkan lagu single dan duet yang dimiliki,” katanya.

Bercerita mengenai pembabitan­nya dalam Anugerah Juara Lagu

(AJL) ke-33 yang bakal berlangsun­g pada 3 Februari ini, Syamel yang mempertaru­hkan lagu

Kau Pun Sama mengakui berdebar menanti hari terbabit.

“Saya sudah mula mengikuti kelas nyanyian cuma tarian yang bakal dipersemba­hkan belum bermula.

“Insya-Allah saya akan menggunaka­n khidmat penari Alam Wakaka untuk AJL 33 nanti. Saya juga akan mulakan latihan persembaha­n minggu depan. Banyak elemen yang tidak pernah saya buat pada AJL 32 akan dilakukan,” katanya.

Syamel berkata, dia berharap dapat memberikan persembaha­n terbaik pada anugerah berprestij itu.

“Walaupun tahun lalu menang Vokal Terbaik tapi saya tidak meletakkan harapan tinggi tahun ini. Boleh dikatakan hampir majoriti penyanyi senior bertanding dan mereka pasti pertaruhka­n vokal untuk persembaha­n mereka,” katanya.

 ??  ?? Ia bukanlah persembaha­n berskala besar tapi sekadar hadiah buat peminat yang selama ini menyokong karier saya
Ia bukanlah persembaha­n berskala besar tapi sekadar hadiah buat peminat yang selama ini menyokong karier saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia