Harian Metro

Jatuh cinta budaya melayu

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Pemuda Jepun mahu kembang bakat nyanyian di Malaysia

Susun atur kehidupan jejaka asal Osaka, Jepun ini sangat cantik.

Siapa sangka pertemuan dengan seorang rakyat Malaysia ketika dalam penerbanga­n pulang ke Osaka selepas melancong ke Malaysia pada November dua tahun lalu antara detik terawal Takaaki Torihira atau Terry, 24, jatuh cinta dengan budaya dan muzik Malaysia.

Takaaki berkata, ketika berbual dengan rakannya itu, dia bercerita mengenai budaya dan muzik Malaysia.

“Dia ada bercerita mengenai penyanyi Hujan, Noh Salleh. Rupa-rupanya Noh turut menaiki penerbanga­n yang sama. Saya terus menyapanya dan

Noh mengajak saya ke Sarawak,” katanya.

Takaaki berkata, dia ke Kuching, Sarawak pada April tahun lalu dan berpeluang mendengar banyak lagu Melayu dan terus jatuh cinta.

Menurutnya, kebanyakan melodi lagu Melayu sangat indah membuatkan dia mula mempelajar­inya.

Sejak itu, dia mula mempelajar­i lagu seperti Kotak Hati daripada Hujan, Di Matamu (Sufian Suhaimi), Menang dan Assalamual­aikum nyanyian asal Faizal Tahir.

Selepas memuat naik video dia menyanyi lagu Assalamual­aikum, namanya mula tular dalam kalangan netizen.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini mengakui, setiap kali mendengar radio atau melayari YouTube, dia akan mendengar dan merekodkan­nya untuk simpanan peribadi.

“Disebabkan terlalu minat, saya terus belajar bahasa Malaysia melalui lagu dan menonton drama serta animasi tempatan antaranya drama Nur dan Upin & Ipin.

“Saya juga membeli buku cerita kanak-kanak kerana bahasa Malaysia dalam buku itu lebih mudah untuk saya faham,” katanya akan menterjema­hkan bahasa Malaysia ke bahasa Jepun untuk memahami maksudnya.

Bekas penolong pegawai pemasaran di sebuah syarikat milik bapanya di Jepun ini berkata, dia berhenti kerja kerana mahu mengembang­kan bakatnya sebagai penyanyi di Malaysia.

Impiannya akhirnya tercapai selepas Faizal Tahir sanggup ke Osaka untuk bertemu dengannya, sekali gus mengajakny­a ke Malaysia sekali lagi.

Namun, kali ini dengan membawa impian lebih besar iaitu menjadi penyanyi.

“Saya mempertaru­hkan masa depan dengan datang ke Malaysia demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi dan mahu memulakann­ya di luar negara terutama di Malaysia.

“Selepas berjaya di sini, saya mahu meluaskan pengaruh ke Singapura, Brunei dan Indonesia pula sebelum kembali ke Jepun untuk membina kerjaya nyanyian di sana,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan video muzik pertamanya berjudul Konnichiwa Dunia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Takaaki berkata, sehingga ke hari ini dia masih berasakan semua perkara dikecapiny­a ini seperti mimpi.

Apatah lagi selepas Faizal memberi peluang kepada Takaaki mencipta lagu sendiri berjudul Konnichiwa Dunia.

Melalui lagu itu, Takaaki diberi peluang menghasilk­an lagu dan lirik sambil dibantu Faizal, Mike Chan, Romeo dan Adib Hussin.

Dia berharap lagu berentak Jpop/Jrock ini mampu diterima peminat tempatan, sekali gus membuka ruang lebih luas ke pasaran Asia Tenggara.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? BERSAMA Faizal.
Saya mempertaru­hkan masa depan dengan datang ke Malaysia demi mengejar citacita sebagai penyanyi dan mahu memulakann­ya di luar negara terutama di Malaysia
BERSAMA Faizal. Saya mempertaru­hkan masa depan dengan datang ke Malaysia demi mengejar citacita sebagai penyanyi dan mahu memulakann­ya di luar negara terutama di Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia