Harian Metro

Belajar vokal ikut gerak bibir

- Noriza Sainal am@hmetro.com.my

Ayu Hadi harap dikenali menerusi single Hilang, berhasrat ke pentas Anugerah Juara Lagu

Walaupun populariti yang diraih tidak sehebat dan sepantas penyanyi baru lain, pendatang baru, Ayu Hadi, 24, yang sudah memiliki single berjudul Hilang sejak Disember tetap optimis dan percaya dengan bakat dimiliki.

Ayu ketika ditemui berkata, dia yakin rezeki untuknya akan tiba juga dan menjadikan single pertamanya itu sebagai permulaan untuk melakar kejayaan serta memperluas kerjayanya.

“Saingan memang ada, tetapi kejayaan adalah rezeki masing-masing. Saya lebih melihat ke hadapan dengan menjadikan penyanyi lama yang lebih kukuh dalam industri muzik sebagai rujukan. Saya juga berharap dapat menimba ilmu daripada mereka,” katanya.

Ayu berkata, walaupun ‘trend’ sekarang kebanyakan penyanyi muncul dengan lagu pop rancak, dia selesa dengan pop balada kerana itu antara genre kegemarann­ya.

“Selain itu, saya ada juga mencuba untuk menyanyika­n lagu berentak irama Melayu asli,” katanya.

Ayu berkata, dia tidak mempunyai guru vokal atau pergi ke kelas khusus untuk memantapka­n vokalnya, tetapi dia memilih mempelajar­inya sendiri menerusi gerakan bibir penyanyi.

“Saya belajar vokal sendiri apabila secara automatik terikut gerakan bibir (lenggok dan getaran) mengikut penyanyi yang dilihat,” katanya.

Berkongsi mengenai single sulungnya ciptaan Jas Fair, dia berharap akan lebih berjaya dan dikenali menerusi lagu itu.

“Saya berpuas hati dengan lagu ini kerana ia adalah hajat dan keinginan yang sudah lama diimpikan. Namun pada masa sama, saya juga berharap Hilang dapat diperdenga­r kepada peminat menerusi stesen radio,” katanya yang berhasrat memasuki pentas Anugerah Juara Lagu seperti penyanyi lain.

Bercerita lanjut mengenai permulaann­ya menceburi bidang nyanyian, Ayu berkata, dia bermula di majlis perkahwina­n dan ‘busking’.

Malah, penyanyi ini juga pernah membawa lagu berbahasa Tagalog walaupun tidak menggunaka­nnya sebagai bahasa pertuturan­nya.

Dalam pada itu, Ayu yang menjadikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya tidak memandang negatif terhadap penggunaan gimik untuk melancarka­n sesuatu karya.

“Saya melihat ia dari sisi positif apabila saya juga menggunaka­nnya pada awal pelancaran single Hilang”.

“Setakat ini pendengar menunjukka­n respons positif dan jika ada yang negatif, saya akan balas dengan baik,” katanya.

 ?? FOTO ?? Saya berpuas hati dengan lagu ini kerana ia adalah hajat dan keinginan yang sudah lama diimpikan. Namun pada masa sama, saya juga berharap
Hilang dapat diperdenga­r kepada peminat menerusi stesen radio
FOTO Saya berpuas hati dengan lagu ini kerana ia adalah hajat dan keinginan yang sudah lama diimpikan. Namun pada masa sama, saya juga berharap Hilang dapat diperdenga­r kepada peminat menerusi stesen radio
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia