Harian Metro

Majlis besar atau kecil?

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Justin Bieber dan isteri dalam proses perbincang­an

untuk rai hari bahagia mereka

Walaupun sudah bergelar suami isteri, Justin Bieber dan Hailey Baldwin hingga kini belum meraikan hari bahagia mereka dalam majlis istimewa.

Menurut sumber terdekat pasangan itu, mereka masih dalam proses perbincang­an sama ada ingin mengadakan majlis kecil atau secara besar-besaran.

“Mereka mahukan majlis kecil, tetapi ramai yang ingin dijemput. Mereka tahu, apabila semuanya sudah dirancang, majlis yang kecil pun akan menjadi satu majlis besar,” kata sumber.

Kata sumber terdekat itu lagi, Justin dan Hailey kini sedang mencari rumah untuk dijadikan kediaman.

“Mereka sekarang fokus mencari rumah baru di

Los Angeles. Antaranya di Brentwood, Bel Air dan Beverly Hills,” katanya.

Pasangan itu juga dikatakan mahu membuat persiapan tempat tinggal lebih besar kerana mahukan cahaya mata.

Sementara itu, Justin juga kini sedang menumpukan perhatian kepada kesihatan mentalnya dan mahukan satu ruang yang baik.

Justin dan Hailey sah bergelar suami isteri di mahkamah di New York pada September tahun lalu.

Hailey sebelum ini menafikan berita perkahwina­n mereka menerusi akaun Twitternya. Namun, tak lama selepas itu, dia menukar nama di Instagram dengan meletakkan nama keluarga Bieber.

 ??  ?? Mereka sekarang fokus mencari rumah baru di Los Angeles. Antaranya di Brentwood, Bel Air dan Beverly Hills
Mereka sekarang fokus mencari rumah baru di Los Angeles. Antaranya di Brentwood, Bel Air dan Beverly Hills

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia