Harian Metro

Bantu kurang tekanan belajaR

-

Terap elemen asas senamrobik seperti lompat bintang, larian setempat dan bangkit tubi

Mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan itu berkata, kejayaan dikecapi bukan datang bergolek sebaliknya memerlukan usaha gigih dan kerjasama padu setiap ahli pasukan apatah lagi mereka terdiri daripada tahun pengajian yang berbeza.

“Pemilihan lagu dan susunan gerak tari ditentukan sepenuhnya oleh saya sendiri, malah tidak berdepan banyak masalah kerana kebanyakan mereka (10 ahli kumpulan) memiliki asas tarian sejak sekolah.

“Cabaran paling utama ialah pengurusan masa kerana kami terdiri daripada pelajar tahun satu hingga lima dan sesi latihan pula dijalankan dua kali seminggu dalam tempoh sebulan,” katanya.

Muhammad Ikhmal mengakui aktiviti riadah yang semakin digemari golongan muda itu turut membantu mengurangk­an tekanan belajar, di samping dijadikan hobi pada masa lapang.

Sementara itu, Zihan Sahira Rahimi Ab Rahman, 22, menyifatka­n kejayaan dimenangi itu adalah berdasarka­n kriteria diperlukan juri, persefaham­an dan pola lantai (formasi) yang tinggi oleh setiap ahli kumpulan.

“Tarian ini menerapkan pelbagai elemen asas dalam senamrobik seperti lompat bintang, larian setempat dan bangkit tubi yang menguji ketahanan badan seseorang.

“Bukan sekadar tarian semata-mata, tarian aerobik adalah aktiviti yang mampu menggalakk­an budaya bersenam dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di negara ini,” katanya.-Mohd Khairul Anam Md Khairudin

 ?? FOTO: ?? KUMPULAN UiTM Medic Aerodance dinobatkan sebagai johan dalam pertanding­an Medics Intervarsi­ty Games (MIVG) 2018.
FOTO: KUMPULAN UiTM Medic Aerodance dinobatkan sebagai johan dalam pertanding­an Medics Intervarsi­ty Games (MIVG) 2018.
 ??  ?? TARIAN ini menerapkan pelbagai elemen asas dalam senamrobik.
TARIAN ini menerapkan pelbagai elemen asas dalam senamrobik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia