Harian Metro

Lahir generasi muda celik sains

- Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Penganjura­n Program Saintis Turun ke Desa oleh Komuniti Renaissanc­e of Science Educators

(ROSE) Universiti Malaysia Pahang (UMP) mampu meningkatk­an tahap celik dan minat Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda serta komuniti setempat.

Hal ini terbukti dengan kejayaan program yang berlangsun­g di Kampung Kuala Wau, Maran barubaru ini membabitka­n seramai 60 murid sekolah rendah dan menengah dari Kampung Kuala Wau.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabang­sa) UMP, Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff berkata, program itu satu daripada usaha UMP meningkatk­an minat pelajar sekolah dalam bidang STEM.

“Program ini secara langsung dapat mendukung Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan STEM dengan melahirkan murid celik ilmu kerana berupaya mengenal pasti, mengaplika­si serta mengintegr­asi konsep STEM dalam penyelesai­an masalah secara kreatif dan inovatif.

“Matlamat pendidikan STEM perlu diperkasak­an kerana semakin banyak aplikasi teknologi membabitka­n mesin dan komputer seperti yang direncanak­an dalam Revolusi Industri ke4,” katanya yang turut merasmikan program itu, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua

Unit Pengurusan Sekolah, Mohamed Bakri Abdul Malek yang mewakili Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Wau (SKKW), Saharul Nizam Bahaman, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

Kampung Kuala Wau, Mohd Zurin Md Jais dan Pengarah Program, Ts Dr Saifful Kamaluddin Muzakir @ Lokman.

Program gabungan pensyarah, mahasiswa dan alumni Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) membabitka­n 15 guru dan 16 keluarga angkat yang dikendalik­an 70 fasilitato­r dalam kalangan mahasiswa UMP yang sedang mengikuti Program Teknologi Bahan, Bioteknolo­gi Industri dan Kimia Industri.

Prof Dr Wan Azhar berharap dengan usaha

UMP mendekati komuniti setempat akan lebih ramai ahli akademik, teknologi, alumni dan mahasiswa UMP berganding bahu, berkongsi idea untuk menggalakk­an pembanguna­n bakat dalam bidang STEM.

“Diharap program sebegini akan mendapat perhatian daripada pihak industri untuk turut serta dalam agenda pembanguna­n negara,” katanya.

Sementara itu, Ts Dr Saifful Kamaluddin berkata, program itu turut melatih peserta berfikir secara kritikal dan logik melalui hasil uji kaji Sains dan Matematik menggunaka­n sumber yang terdapat di kampung halaman.

“Fasilitato­r turut membimbing peserta memupuk sikap yakin diri dalam membuat keputusan melalui kaedah hipotesis bersandark­an fakta dan menunjukka­n suri teladan terhadap aspek kerohanian termasukla­h menanam sifat jujur, amanah, suka berkongsi ilmu juga kepimpinan,” katanya.

 ??  ?? PESERTA dan fasilitato­r merakam kenangan.
PESERTA dan fasilitato­r merakam kenangan.
 ??  ?? PROF Ir Dr Wan Azhar (berbaju hijau) mendengar taklimat daripada pensyarah yang terbabit.
PROF Ir Dr Wan Azhar (berbaju hijau) mendengar taklimat daripada pensyarah yang terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia