Harian Metro

Kerjasama agensi kerajaan, sekolah untungkan murid

-

pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Melintang bersamasam­a Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) banyak membantu pembanguna­n sekolah dan kemenjadia­n murid melalui bantuan yang dihulurkan agensi kerajaan itu.

Guru Besarnya, Misnadi A Khalid berkata, SSM Kedah banyak membantu sekolah merangkumi aspek kerjasama, nasihat dan bantuan sumber kewangan dalam program yang dilaksanak­an.

“Pihak sekolah melihat kerjasama bukan sekadar penerimaan bantuan kewangan dalam sebuah majlis dan terhenti setakat itu saja, sebaliknya meneruskan hubungan untuk menjayakan program lain seperti gotong-royong dan kejohanan sukan sekolah.

“Kami bersyukur usaha sama yang dijalinkan dengan SSM Kedah banyak memberi impak kepada murid, terutama golongan yang memerlukan seperti sumbangan kelengkapa­n sekolah dan bantuan kewangan,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Murid SK Alor Melintang dan Majlis Penyerahan Bantuan kelengkapa­n Sekolah oleh SSM Kedah di Alor Setar, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Negeri SSM Kedah, Ramlee Leen.

Misnadi berkata, bantuan yang diberikan cukup bermakna kerana majoriti murid di sekolah itu terdiri daripada anak pesawah.

Program itu katanya, menjadi medan bagi murid di sini mengetahui peranan badan berkanun seperti SSM yang berfungsi sebagai agensi untuk mempromosi­kan pematuhan pendaftara­n perniagaan dan perundanga­n korporat melalui aktiviti penguatkua­saan serta pemantauan.

“Mungkin ini juga peluang mereka memperluas­kan ilmu akan tugas SSM yang mengendali­kan pemerbadan­an syarikat dan pendaftara­n perniagaan serta menyediaka­n maklumat syarikat atau perniagaan kepada orang awam.

“Lebih menarik apabila SSM Kedah turut memberi galakan dan sokongan kepada waris di SK Alor Melintang untuk terbabit dalam bidang perniagaan,” katanya.

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan selepas Program penyerahan bantuan SSM Kedah di SK Alor Melintang.
BERGAMBAR kenangan selepas Program penyerahan bantuan SSM Kedah di SK Alor Melintang.
 ??  ?? RAMLEE (kanan) menyampaik­an bantuan kelengkapa­n sekolah kepada seorang murid.
RAMLEE (kanan) menyampaik­an bantuan kelengkapa­n sekolah kepada seorang murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia