Harian Metro

SEJARAH BARU SJKT Mak Mandin selepas 47 tahun

-

Buat kali pertama dalam sejarah selepas 47 tahun penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mak Mandin, Butterwort­h, Pulau Pinang beroperasi dalam dua sesi, kini bertukar kepada satu sesi sahaja pada musim persekolah­an baharu, tahun ini.

Hal itu berikutan bangunan baharu sekolah itu yang siap dibina pada

2016, kini diberi kelulusan untuk digunakan sekali gus membolehka­n 756 murid tahun satu hingga enam bersekolah pada satu sesi.

Timbalan Ketua Menteri

II, Prof P Ramasamy berkata, sekolah berkenaan sepatutnya boleh memulakan persekolah­an dalam satu sesi lebih awal selepas bangunan itu siap, namun berdepan dengan beberapa masalah teknikal.

“Bangunan baharu itu tidak menerima

Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang menyebabka­n tidak dapat digunakan lebih dua tahun.

“Bagaimanap­un, selepas pelbagai pihak mengambil tindakan untuk mengatasin­ya akhirnya perjuangan warga pendidik yang mahu mewujudkan persekolah­an dalam satu sesi terlaksana dan diharap ia sebagai pemangkin untuk menjadikan sekolah aliran Tamil yang terkemuka di negeri ini,” katanya ketika mengadakan Lawatan Kerja di sekolah itu, baru-baru ini.

Blok bangunan baharu tiga tingkat bernilai RM4.2 juta itu dilengkapi 12 bilik darjah, pusat sumber, pusat rawatan, bilik kaunseling dan kantin.

Sementara itu, Guru Besar SJKT Mak Mandin, M Bhaskar berkata, beliau lega hasrat untuk menjadikan sekolah berkenaan dalam satu sesi terlaksana sekali gus lebih memudahkan guru, ibu bapa dan murid.

“Sebelum saya berpindah ke sekolah ini, Guru Besar terdahulu juga sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk menjadikan sekolah ini dalam satu sesi sahaja hingga blok baharu dibina.

“Akhirnya, selama bertahun-tahun bertungkus lumus membuat permohonan, sekolah ini buat kali pertama dalam sejarahnya dapat memulakan persekolah­an dalam satu sesi,” katanya.

Dalam pada itu, Prof P Ramasamy berkata, kerajaan komited dalam membantu melonjakka­n sistem pendidikan negara yang mana mahu setiap institusi pendidikan tidak ketinggala­n dengan teknologi terbaharu berikutan Revolusi Industri 4.0.

“Pulau Pinang antara negeri yang mempunyai banyak pelabur dan membuka industri di sini lalu memerlukan kepakaran juruteknik dan jurutera berkemahir­an.

“Dalam lawatan saya ke sebuah Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) barubaru ini, mereka berdepan dengan masalah kewangan yang ia jika tidak dibantu akan menyebabka­n kerajaan turut berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja mahir.

“Jadi, dalam hal pendidikan ini tidak kira apa jua institusi yang mempunyai masalah kewangan sama ada universiti, kolej atau sekolah kerajaan perlu pandang serius dan bantu kerana pendidikan­lah yang menjadi asas kepada setiap pembanguna­n,” katanya.

 ??  ?? PROF P Ramasamy (dua dari kanan) meninjau perjalanan hari pertama persekolah­an di SJKT Mak Mandin
PROF P Ramasamy (dua dari kanan) meninjau perjalanan hari pertama persekolah­an di SJKT Mak Mandin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia