Harian Metro

Mencorak golongan muda

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Sifat keibuan jelas terpancar di wajah wanita ini. Sentiasa peka dengan perubahan di sekeliling, bijak mengambil hati anak kecil dan remaja serta tahu untuk menggunaka­n kekuatan mahupun potensi yang ada dalam diri.

Nama Fauziah Sirat mungkin lebih dikenali dalam kalangan remaja dan ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka mengikuti pengajian di pusat tuisyen milik wanita ini. Paling tidak, dia pasti dikenali menerusi penampilan­nya di kaca televisyen dan banyak video sarat pengajaran serta motivasi di laman Facebook.

Mengenali wanita ini secara tidak langsung ketika singgah di satu program di Kuala Lumpur baru-baru ini, Fauziah bukan saja seorang yang ramah dan mudah tersenyum, bahkan tutur katanya penuh keibuan.

Menelusuri latar belakang anak sulung daripada lima beradik ini, rupanya Fauziah adalah pemegang Sarjana Pendidikan, Sarjana Muda Sains (Kimia) dan pernah berkhidmat di Jabatan Komunikasi Korporat, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Lahir di Batu Pahat, Johor dan berkahwin dengan pilihan hati, mereka dikurniaka­n empat cahaya mata.

Kata Fauziah, pada awalnya dia sukar menyesuaik­an diri di PNB kerana tidak mahir dalam bidang pelaburan. Namun, lamakelama­an dia mula memahami rentak kecenderun­gan dirinya.

“Saya sentiasa percaya diri mempunyai kebolehan interperso­nal yang baik dan mampu membantu dalam tugasan di jabatan berkenaan. Tetapi perubahan hidup berlaku apabila anak mula menghampir­i usia persekolah­an.

“Agak sukar untuk menguruska­n kerjaya dan keluarga dalam satu masa yang sama. Pada hemat saya, ini bukan isu mahu memilih yang mana satu, tetapi isu melunaskan tanggungja­wab dan amanah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia