Harian Metro

Bangun potensi generasi muda

-

Profesion sebagai pemberi motivasi dan guru tuisyen bantu Fauziah mengenal

remaja serta ibu bapa

“Atas rasa tanggungja­wab untuk menjaga dan mendidik anak itulah, saya berlapang dada melepaskan pekerjaan di PNB. Bagaimanap­un, saya tidak berhenti begitu saja. Memandangk­an saya bukanlah jenis yang boleh duduk diam, saya mula mencuri ruang, mengisi masa terluang dengan perkara yang boleh menyerlahk­an potensi diri. Dipendekka­n cerita, akhirnya saya membuka pusat tuisyen,” katanya tersenyum.

KAJI ISU REMAJA

Menurut Fauziah, sejak zaman persekolah­an, dia memang suka bercakap di depan khalayak ramai. Selagi ada peluang, dia pasti merebut tempat untuk menyertai pertanding­an debat, pidato dan syarahan hingga pernah mewakili daerah ke peringkat negeri.

“Saya mula terdorong menjadi penceramah motivasi remaja dan ibu bapa apabila ada pelajar di pusat tuisyen menjadikan saya sebagai tempat mereka mengadu masalah. Daripada masalah pencapaian akademik, rakan sebaya hinggalah isu dengan ibu bapa.

“Dari situ, saya mula mengkaji isu remaja dan mengenali fitrah mereka. Kadangkala saya menjadi sahabat baik mereka, ada waktunya saya menjadi ibu. Sedar atau tidak, pengalaman bersama remaja inilah yang banyak membuka mata saya. Saya mula sedar kita sebagai yang lebih dewasa kurang memahami mereka.

Malah, sepanjang tempoh membesarka­n anak, ibu bapa cenderung mengikut apa yang mereka mahu, bukan berdasarka­n siapa anak mereka.

“Saya percaya, semua berkaitan anak bermula dari rumah. Mereka membesar bergantung kepada resipi dan rencah yang digunakan ibu bapa. Oleh itu, cabaran ibu bapa kini adalah untuk mendidik diri mereka sendiri supaya berilmu dan kekal relevan dengan perubahan pesat saban hari.

“Ini penting kerana anak memerlukan suri teladan di dalam hidup mereka. Saya fikir, kalau kita mahukan anak berakhlak tinggi, ibu bapa juga perlu berbuat serupa. Jika kita mahukan anak rajin membaca, ibu bapa juga perlu rajin membaca. Menariknya, apabila keluar dari rumah, pembentuka­n nilai, motivasi, potensi anak dipacu lagi oleh guru di sekolah dan warga komuniti. Ini bermakna, pendidikan anak adalah tanggungja­wab semua pihak dan asasnya perlu terbina dengan baik di rumah,” katanya.

Satu hal yang jelas kata Fauziah, sekolah aliran perdana khususnya bukan untuk semua. Ia hanya untuk mengasah kepintaran akademik, kecerdasan logik dan bahasa.

“Tetapi saya dapat lihat anak ini unik. Tidak semua pintar logik dan bahasa. Ada yang hebat dalam muzik, sukan, alam semula jadi, ruang, interperso­nal dan komunikasi dengan diri (intraperso­nal).

“Tetapi kecerdasan ini tidak dibongkar dan diasah di sekolah kerana itulah wujud kelompok anak yang tercicir. Bukan sebab mereka tidak pintar tetapi sekolah tidak ‘mengiktira­f’ kecerdasan mereka.

“Saya lihat situasi ini mungkin boleh menyebabka­n anak membina tanggapan bahawa ‘aku tidak pandai’ sehingga hilang keyakinan diri dan rasa mahu maju. Ini mendorong saya untuk mengasaska­n Cesta 16, sebuah firma membangunk­an potensi generasi muda. Saya mahu generasi muda yakin semua orang itu pintar dan kepintaran itu perlu diasah dengan belajar. Belajar tidak semestinya di sekolah, dengan buku teks, tetapi ia boleh berlaku di manamana, setiap masa,” katanya.

Kata Fauziah, semua yang berlaku sepanjang dia mengendali­kan pusat tuisyen banyak menyumbang idea baru buat dirinya. Lebih dari itu, wanita ini merendah diri, mengakui dia banyak belajar daripada pelajarnya sendiri.

“Saya melihat sendiri bagaimana produk keluarga bahagia dan keluarga berantakan. Saya melihat perbezaan jelas yang ditunjukka­n produk keluarga komunikasi sihat dan keluarga miskin komunikasi. Terus terang, semua ini cukup membimbang­kan.

“Bagaimana generasi muda kita mahu berdepan dengan cabaran akan datang jika ibu bapa masih terperangk­ap dengan kaedah keibubapaa­n zaman silam? Persoalan sebegini akhirnya menyebabka­n saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman sedia ada untuk sama-sama meningkatk­an kualiti institusi keluarga dan generasi muda,” katanya.

Menyusun langkah supaya seiring perubahan zaman, wanita ini dilihat bijak menyesuaik­an diri dalam arus teknologi semasa. Dia sedaya upaya menjadikan menulis sebagai rutin kerana percaya hasil tulisan mampu memberi impak yang sangat besar.

“Menulis bukan saja menyampaik­an tujuan kita untuk bercerita dan berkongsi dengan khalayak pembaca, tetapi boleh jadi satu wadah refleksi. Apa yang kita buat dan apa yang dipelajari pada hari berkenaan. Sebolehnya saya cuba untuk kerap menulis.

“Laman media sosial seperti Facebook dan Instagram sangat membantu usaha penulisan saya. Buku pertama, Sonata Ayah Bonda adalah hasil nukilan dari pengalaman saya dengan anak dan cerita pelajar saya. Ia memang ditulis khusus untuk ibu bapa yang mengikuti ceramah saya.

“Sekurang-kurangnya mereka ada kisah benar yang boleh dirujuk dan diambil iktibar. Selain itu, ada juga karya saya dimuatkan dalam dua buku anekdot, Rencah dan Kompas bersama penulis lain. Di samping buku fiksyen, saya juga ada menulis buku akademik.

“Alhamdulil­lah, sehingga kini ada orang mengenali saya sebagai pemberi motivasi remaja dan ibu bapa. Tetapi ramai juga yang mengenali saya sebagai seorang guru memandangk­an saya adalah pengusaha dan pengetua Pusat Tuisyen Seri Mawar Bestari. Kedua-dua profesion ini sangat bermakna kerana ia banyak membantu saya mengenal remaja dan juga ibu bapa. Ia juga menjadikan saya seorang yang sangat terdorong untuk belajar dan mengubah corak sistem pendidikan di pusat tuisyen,” katanya.

PERCAYA PADA DIRI

untuk mengulangi peranan kitar semula.

“Kalau dulu ayah menggunaka­n pendekatan rotan sebagai cara mendidik anak, kita juga akan menggunaka­n kaedah sama apabila sampai waktu dan ketika bergelar bapa. Kita cuma mengikut amalan terdahulu sedangkan zaman sentiasa berubah.

“Ramai juga beranggapa­n menjadi ibu bapa ini tidak perlu belajar. Sebab itu, bila ada kursus keibubapaa­n, yang datang boleh dikira dengan jari. Kalau ada yang datang sekalipun, kebanyakan­nya terdiri daripada kaum ibu. Kaum bapa hanya hantar ibu sebagai wakil. Lamakelama­an, jurang anak dan ibu bapa menjadi semakin besar. Inilah yang kerap mengundang banyak permasalah­an di kemudian hari,” katanya.

Apapun kata Fauziah, dia tentunya tidak berada di tempat sekarang tanpa sokongan dan dorongan daripada suami, ibu bapa, anak-anak dan keluarga. Untuk itu, dia perlu berterima kasih khususnya kepada anak-anak saya yang sentiasa berlapang dada, menerima hakikat bahawa mereka perlu berkongsi ibu dengan ramai remaja lain.

“Tidak timbul isu bidang mana yang beri kepuasan lebih. Tidak kira menulis, mengajar ataupun menjadi pakar motivasi remaja dan ibu bapa, saya buat semua ini atas dasar tanggungja­wab untuk membantu menyokong bidang pendidikan. Kalau ditanya bila mahu berhenti, saya lebih suka katakan, selagi semangat untuk melihat kemenjadia­n generasi muda itu masih meluap-luap, dengan izin Allah SWT, saya akan terus berdiri seperti hari ini.

“Saya percaya setiap manusia dilahirkan dengan DNA potensi tersendiri yang berupaya menyerlahk­an nilai kepimpinan masingmasi­ng. Kita perlu cari, gali dan bongkar apa kecenderun­gan dan kekuatan kita supaya kita boleh memberi manfaat diri dan orang lain.

“Sejujurnya, saya tidak pernah menyasarka­n diri untuk dijadikan inspirasi oleh orang lain. Saya hanya melakukan tugas sebagai seorang khalifah menurut DNA potensi saya sebaik mungkin. Semoga apa yang dilakukan selama ini mampu menjadikan diri saya seorang ibu yang lebih baik untuk anak dan membuka mata lebih ramai ibu bapa supaya dapat menyuburka­n kecintaan kepada ilmu,” katanya.

 ??  ?? SEMANGAT mahu melihat kemenjadia­n anak bangsa.
KOMITED mendekati remaja.
MEMENUHI jemputan sebagai tetamu program.
SEMANGAT mahu melihat kemenjadia­n anak bangsa. KOMITED mendekati remaja. MEMENUHI jemputan sebagai tetamu program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia