Harian Metro

Ramai ibu masih tak faham

-

Menurut Pakar Sonografer Klinik As-Salam Bangi,

Nur Marni Ahmad, ketika ini masih ramai ibu masih tidak faham mengenai faktor limitasi ketika melakukan imbasan ultrabunyi 3D (tiga dimensi) atau 4D (empat dimensi).

“Sepanjang kerjaya saya, memang ramai ibu bapa menganggap prosedur imbasan 3D dan 4D semudah mengambil gambar dengan kamera telefon. Dalam kebanyakan situasi, ibu bapa gembira jika prosedur berkenaan berjalan lancar. Banyak imej dapat dirakam dan semuanya cantik-cantik belaka. Namun, ada juga yang tidak puas hati kerana mendapat hasil imej tidak jelas dan sedikit.

“Sebenarnya, jika ibu datang melakukan imbasan janin ketika usia kandungann­ya dalam tempoh ideal, mereka boleh mendapat hasil yang memuaskan dan cantik. Tetapi jika keadaan tidak sesuai, imej yang terhasil kurang berkualiti, walaupun peralatan dan teknik digunakan adalah sama,” katanya.

Jelasnya, terdapat beberapa faktor yang boleh menjejaska­n kualiti imej 3D dan 4D. Apa kata cuba teliti semula dan lihat betapa doktor atau sonografer berusaha sebaik mungkin untuk mendapatka­n imej terbaik buat simpanan anda!

Bayi dalam posisi meniarap atau mengiring

Ingat ya, doktor atau sonografer hanya boleh melakukan prosedur imbasan di atas dan sebahagian tepi perut. Sekiranya muka bayi menghadap tulang belakang ibu, imej yang boleh diperoleh hanya bahagian belakang atau tepi bayi.

Biasanya, sonografer akan meminta ibu mengiring untuk menggalakk­an bayi berpusing. Sekiranya tidak berjaya, ibu akan diminta berjalan-jalan dalam tempoh 15 hingga 30 minit.

Ada struktur lain di hadapan muka bayi

Jika difikir secara rasional, sebenarnya perut ibu hamil bukan saja mengandung­i janin. Jadi, tidak mustahil kelihatan struktur lain di hadapan muka bayi. Antara yang kerap berlaku dan menghalang muka bayi ketika prosedur dijalankan termasuk tangan, kaki dan tali pusat. Situasi mungkin bertambah sukar jika wajah dilindungi plasenta. Bagi mengatasi keadaan ini, biasanya sonografer atau doktor akan mengambil langkah sama untuk menggalakk­an bayi bertukar posisi.

Saiz bayi yang masih kecil

Hal ini kerap disebut kebanyakan doktor dan sonografer. Saiz kandungan, besar atau kecil, boleh mempengaru­hi hasil imbasan 3D dan 4D. Bahkan jika anda menghubung­i klinik untuk membuat temu janji, salah satu soalan yang pasti ditanya adalah berapa umur kandungan.

Imbasan ultrabunyi 3D 4D boleh dilakukan seawal 16 minggu usia hamil. Tetapi, waktu paling ideal adalah antara 26 hingga 33 minggu. Mengapa? Supaya imej yang terhasil lebih menyerupai bayi sebenar.

Sebelum bayi mencecah usia 26 minggu, anggaran beratnya kurang daripada 700 gram. Bayi masih kelihatan kurus dan wajahnya cengkung. Menghampir­i usia 28 minggu, anggaran berat bayi sudah meningkat satu kilogram (kg). Pada waktu ini, bayi kelihatan lebih berisi dengan muka yang lebih montel. Lebih banyak ekspresi wajah bayi dapat direkodkan.

Bagaimanap­un, apa pula yang terjadi selepas 33 minggu? Pasti bayi semakin berisi dan montel. Hal ini memang benar. Tetapi, kebanyakan kandungan yang melepasi usia 33 minggu lebih sukar untuk diimbas. Ini kerana keadaan dalam rahim sudah menjadi semakin sempit. Ruang yang sempit ini mengehadka­n doktor dan sonografer untuk mendapatka­n sudut pengimejan sempurna.

Kata Nur Marni, biarpun tiga faktor ini menjadikan prosedur imbasan ultrabunyi 3D dan 4D lebih mencabar, biasanya ia dapat diatasi dengan baik, asalkan ibu mampu bertenang dan bersabar. Kerjasama baik ini perlu dikekalkan sepanjang prosedur pengimejan berlangsun­g iaitu antara 15 minit hingga satu jam.

Selain faktor diatas, ada dua lagi yang agak sensitif tetapi perlu difahami supaya prosedur imbasan tidak mengecewak­an. Keduadua faktor ini juga sukar untuk diubah. Jadi sudah tentu perjalanan­nya lebih mencabar.

“Secara amnya, imbasan ultrabunyi 3D dan 4D mudah dilakukan bagi wanita yang mempunyai julat berat badan di antara 45 sehingga 70 kg. Keadaan menjadi sedikit mencabar sekiranya anggaran berat ibu mencecah antara 70 hingga 90 kg, dan sukar bagi kes dengan berat ibu lebih 90kg.

“Perlu diketahui imbasan ultrabunyi terhasil daripada tenaga bunyi yang dibebaskan oleh transducer yang mempunyai kekuatan tenaga tertentu. Gelombang bunyi ini akan menembusi lapisan kulit, lemak dan air ketuban sebelum tiba di kulit bayi.

“Sebaik mengenai permukaan kulit bayi, tenaga bunyi akan dipantul semula ke arah transducer. Signal pantulan bunyi inilah yang diproses untuk membentuk imej. Sepanjang proses ini, sebahagian tenaga bunyi hilang kekuatanny­a. Semakin banyak tenaga yang hilang, semakin kurang kualiti imej,” katanya.

Ini bermakna, bagi seseorang yang mempunyai berat badan di bawah 70kg, kehilangan tenaga adalah sedikit kerana lapisan abdomen yang tidak begitu tebal. Bagaimanap­un, semakin tebal lapisan abdomen dan lemak di antara transducer dan bayi, semakin banyak kehilangan tenaga berlaku. Secara tak langsung, kualiti imej menjadi kurang baik.

“Faktor kedua yang

Waktu paling ideal antara 26 hingga 33 minggu supaya imej terhasil lebih menyerupai bayi sebenar

 ??  ?? IBU hamil perlu tahu faktor limitasi ultrabunyi.
IBU hamil perlu tahu faktor limitasi ultrabunyi.
 ??  ?? NUR Marni
l
NUR Marni l

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia