Harian Metro

‘Wolves wajib ditundukka­n’

-

tewas tiga kali dalam empat perlawanan liga, termasuk dua kekalahan berturut-turut kepada Crystal Palace dan Leicester City selepas Chelsea menamatkan rekod tanpa kalah mereka pada 8 Disember.

Bagaimanap­un, kemenangan ke atas

pendahulu liga Liverpool pada 3 Januari lalu menghangat­kan kembali suasana di Stadium Etihad yang sebelum ini sedikit suram akibat kehilangan khidmat Kevin De Bruyne yang dibelenggu kecederaan.

Dua kemenangan besar dalam saingan Piala FA dan Piala Liga – walaupun bertemu pasukan liga bawahan, Rotherham dan Burton Albion – membuktika­n ketajaman City yang membantu mereka memenangi liga musim lalu, kini kembali.

Walaupun hanya memulakan satu perlawanan liga musim ini, De Bruyne dijangka akan mengisi kesebelasa­n utama pada aksi menentang Wolves nanti.

Sergio Aguero juga akan kembali selepas direhatkan ketika kemenangan ke atas Liverpool dan kapten kelab, Vincent Kompany juga dijangka kembali cergas untuk menjaga benteng City.

Hanya kemenangan ke atas Wolves akan meletakkan City kekal di landasan untuk mempertaha­nkan kejuaraan dan merapatkan kembali jurang dengan Liverpool yang kini melebar kepada tujuh mata.

Namun, skuad kendalian Nuno Espirito Santo tidak boleh dipandang rendah kerana mereka berjaya mengikat City 1-1 di babak pertama musim ini di Molineux dan pernah mencatat keputusan sama di Etihad dalam kancah Piala Liga musim lalu ketika masih bermain dalam Liga Kejuaraan.

“Mereka cukup kuat daripada segi fizikal, serangan balas, situasi bola mati. Bukan hanya seorang dua, terdapat tiga atau empat (pemain Wolves) dan apabila anda penat, mereka masukkan pemain baharu,” kata Guardiola berkenaan ancaman yang bakal diberikan Wolves.

“Mereka bertahan dengan baik, mengawal banyak ruang – Moutinho, Neves, boleh meledak dari jauh. Mereka baru naik liga dan tampil dengan baik sekali.” – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia