Harian Metro

Azmoun kembali

- AFP

 Jadi tonggak utama jaring dua gol Iran benam Vietnam

Sardar Azmoun yang kembali daripada persaraan mengemudi Iran ke peringkat kalah mati Piala Asia awal pagi semalam ketika pasukan kendalian Carlos Queiroz itu disertai musuh tradisi Iraq dan bekas juara Arab Saudi ke pusingan 16 terakhir.

Azmoun, 24, bersara daripada pasukan kebangsaan selepas penyokong mengkritik­nya susulan kegagalan Iran pada Piala Dunia tahun lalu, namun dia kembali menjadi tonggak utama dengan dua gol ketika menang 2-0 ke atas Vietnam.

Arab Saudi, seperti Iran juga juara Asia tiga kali, menundukka­n Lubnan 2-0 manakala pemain muda Mohanad Ali mencetus inspirasi buat juara 2007, Iraq ketika mengalahka­n Yaman 3-0.

Iran, Iraq dan Arab Saudi, dengan tujuh gelaran dalam kalangan mereka, menyertai pasukan yang sudah layak ke pusingan kedua iaitu Korea Selatan, China dan Jepun.

Queiroz memuji Azmoun selepas dua gol penyerang Rubin Kazan itu menjadikan­nya penjaring gol terbanyak kejohanan dengan tiga gol, sekali gus mencipta rekod Iran sembilan kemenangan berturut-turut pada pusingan pertama.

“Dia seorang peledak mengagumka­n,” kata pengendali dari Portugal itu, kini mengharung­i tahun kelapan sebagai jurulatih Iran.

“Kami bergantung harap kepadanya dalam pertanding­an ini. Namun cara pasukan memberikan sumbangan terhadapny­a dan gerakan kami dalam kawasan lawan amat menarik.”

Iran, yang mahu menamatkan kemarau 43 tahun sejak memenangi kejuaraan terbesar bola sepak Asia, patut menjaringk­an empat atau lima gol tetapi penyudah lemah mengecewak­an mereka di Abu Dhabi.

Di Sharjah, Ali yang berusia 18 tahun menyumbat gol solo menakjubka­n untuk membantu Iraq mendahului selepas 11 minit sebelum Bashar Resan euro (RM84.6 juta) untuk menandatan­ganinya secara pinjaman, dengan klausa menjadikan perpindaha­n itu tetap pada tambahan 36 juta euro (RM169.1 juta).

Higuain mengharung­i musim paling cemerlang di bawah kendalian Sarri, memecah rekod jaringan Serie A dengan 36 gol ketika kempen 2015/16. – AFP menambah gol kedua pada pertengaha­n babak pertama selain gol Alaa Abbas pada masa kecederaan.

Arab Saudi turut mengekalka­n rekod sempurna apabila menewaskan Lubnan 2-0 menerusi gol Fahad Al-Muwallad selepas 12 minit dan Hussain Al-Moqahwi pada

minit ke-67.

 ??  ?? AZMOUN (tengah) meraikan kejayaan menjaringk­an gol ketika Iran bertemu Vietnam, awal pagi semalam.
AZMOUN (tengah) meraikan kejayaan menjaringk­an gol ketika Iran bertemu Vietnam, awal pagi semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia