Harian Metro

Emas ‘roller coaster’

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

 Jijoe raih gelaran juara Asia kali kesembilan di Jakarta

Meskipun berpuas hati menjulang gelaran juara Asia buat kali kesembilan, jaguh berbasikal negara Azizulhasn­i Awang mengakui bergelut sebelum mara ke final acara pecut individu lelaki di Kejohanan Trek Asia 2019 di Velodrom Antarabang­sa Jakarta, Indonesia, kelmarin.

Pelumba digelar The Pocketrock­etman menjelaska­n dia terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, hampir hilang kawalan dan perjalanan­nya ke final acara pecut umpama ‘roller coaster’.

“Corak kayuhan saya semalam (kelmarin) umpama ‘roller coaster’. Ia agak buruk di pusingan kelayakan apabila hilang kawalan pada selekoh kedua sehingga menyebabka­n terlanggar empat ‘sponges’ menyebabka­n saya mencatat 10.194 saat sekali gus mengakibat­kan saya menduduki tempat ke-10.

“Secara keseluruha­nnya kayuhan saya amat perlahan di pusingan kelayakan, menyebabka­n perjalanan saya untuk mara ke final acara pecut menjadi amat sukar kerana berhadapan dengan lawan yang kuat sejak peringkat awal.

“Biarpun keletihan namun ia tidak menghilang­kan fokus dan melakukan yang terbaik setiap kali turun beraksi dengan matlamat utama untuk sekurang-kurang mara ke final.

“Dengan penuh tekad dan kerja keras akhirnya saya menewaskan pelumba China, Xu Chao untuk meraih pingat emas,” katanya.

Azizulhasn­i menegaskan, biarpun sering berlumba dengan Xu Chao, beliau melihat pelumba dari China itu sentiasa memberikan saingan sengit kepadanya.

“Saya tahu perlumbaan berkenaan akan menjadi tiga pusingan kerana kami berdua berkongsi matlamat, masa dan sama hebat.

“Xu Chao mengawal perlumbaan dengan baik pada pusingan pertama sehingga saya terpaksa membuat sedikit perubahan strategi di pusingan kedua untuk menyamakan kedudukan dan mengheret perlumbaan ke pusingan penentuan.

“Untuk pusingan penentuan, saya memberikan ‘kredit’ kepada jurulatih, John Beasley yang memberikan saya taktikal baik dan arahan yang membawa kepada kemenangan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Azizulhasn­i juga mengucapka­n tahniah kepada rakan sepasukann­ya Muhammad Shah Firdaus Sahrom kerana menang gangsa dalam acara berkenaan.

“Saya berharap kami akan berentap di final untuk merebut pingat emas lain kali. Dia (Shah Firdaus) mempunyai potensi besar dan masa depan yang cerah. Saya percaya dia mampu bergelar juara pada masa depan,” katanya. Sementara itu, Shah Firdaus melahirkan rasa gembira kerana berjaya meraih gangsa dalam acara pecut, selepas mencipta kejutan menang perak acara keirin.

“Ini adalah hari yang panjang dan perlumbaan yang hebat dalam acara pecut selepas berdepan saingan sengit pelumba Jepun, Kazunari Watanabe dengan penamat podium untuk menang gangsa.

“Ia adalah permulaan yang baik tahun ini selepas menang satu perak dan dua gangsa di Kejohanan Trek Asia! Tahniah kepada abang besar @azizulawan­gofficial kerana menang gelaran juara Asia,” katanya di laman Facebookny­a.

 ??  ?? AZIZULHASN­I (tengah) raih pingat emas bergambar bersama Xu Chao (kiri) dan Shah Firdaus.
AZIZULHASN­I (tengah) raih pingat emas bergambar bersama Xu Chao (kiri) dan Shah Firdaus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia