Harian Metro

MHC hormati Arul

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) menghormat­i pandangan ‘pedas’ pengendali Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Arul Selvaraj namun percaya tidak adil tanggungja­wab memastikan Liga Hoki Malaysia (LHM) kekal kompetitif diletakkan sepenuhnya hanya pada badan induk itu.

Sebaliknya Timbalan Presiden MHC, George Koshy berpendapa­t pasukan yang bertanding juga perlu memainkan peranan bersama persatuan sukan dalam memastikan kejayaan sesebuah liga.

“Dulu beliau (Arul) pun jurulatih kebangsaan, pastinya beliau tahu sama ada sesuai atau tidak untuk kejohanan liga dijalankan sehingga enam atau lapan bulan.

“Beliau boleh bercakap apa saja, itu pandangan

(gambar),

peribadiny­a... Tetapi setahu saya sememangny­a sejak dulu lagi Liga Perdana hanya menampilka­n enam, tujuh atau lapan pasukan.

“Sebenarnya, bukan saja persatuan sukan tetapi peranan untuk memastikan (liga dan pemain berkualiti dilahirkan) juga perlu dimainkan oleh pasukan. Kalau baca artikel itu, pandangann­ya seperti MHC kena buat semua,” katanya

Komennya itu sebagai menjawab dakwaan oleh Arul yang menjangkak­an LHM yang kini semakin suram penyertaan boleh ‘tutup kedai’ suatu hari nanti andai tiada suntikan elemen baharu yang menggamit minat penyertaan lebih banyak pasukan.

Malah beliau turut meramalkan mungkin liga utama negara itu akan turut hilang seri jika tiada perancanga­n rapi dilakukan MHC bagi merancakka­n lagi kemeriahan liga kompetitif itu termasuk akan kekurangan pemain berkualiti suatu hari nanti.

Bagaimanap­un, ditanya sama ada Arul akan berdepan sebarang hukuman tatatertib kerana mengeluark­an kenyataan pedas ketika LHM sedang berlangsun­g, George enggan mengulas lanjut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia