Harian Metro

Hanis tak peduli reputasi Liaoning

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang PKS Uniten, Hanis Nadiah Onn enggan ambil pusing dengan reputasi kelab China, Liaoning Infinite Space HC yang bakal ditemui pada saingan Liga Hoki Wanita hari ini.

Tampil kali pertama beraksi di liga tempatan, Liaoning seakan memberi amaran kepada semua pasukan termasuk PKS Uniten yang juga juara bertahan liga apabila tidak berdepan masalah menewaskan KL Wipers 4-0 pada perlawanan pertama, kelmarin.

Bagaimanap­un, Hanis yang turut mempunyai reputasi gah selaku penjaring terbanyak liga musim lalu berkata, PKS Uniten tetap dengan misi untuk meraih tiga mata penuh.

“Sama ada mereka pasukan dari China atau apa saja kami tetap letak sasaran untuk raih tiga mata.

“Setakat ini kami memang tidak tahu kekuatan mereka. Kami akan mengkaji perlawanan mereka melalui ulang tayang video.

“Tapi berdasarka­n keputusan perlawanan pertama, saya rasa mereka juga adalah pasukan yang bagus,” katanya ketiika dihubungi semalam.

PKS Uniten setakat ini cemerlang apabila menduduki tangga teratas liga dengan meraih enam mata hasil daripada dua kemenangan.

Pertama ketika menewaskan PSHA-MSSPP 8-0 dan yang kedua menundukka­n seteru utama, PDRM Blue Warriors 1-0.

“Kemenangan ke atas PDRM sangat penting kerana mereka antara pesaing utama kami disaingan liga,” katanya.

Hanis yang juga penyerang utama skuad kebangsaan berkata, dia meletakkan sasaran untuk membantu pasukan mempertaha­nkan kejuaraan liga, selain mengekalka­n reputasi selaku penjaring terbanyak liga.

 ??  ?? HANIS (tengah) mahu bantu pasukan meraih tiga mata.
HANIS (tengah) mahu bantu pasukan meraih tiga mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia