Harian Metro

Sasar 10 atlet layak ke Dubai

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih olahraga paralimpik negara, R Jaganathan mengharapk­an sekurang-kurangnya 10 atlet mampu melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai, November depan, selain tumpuan yang turut terarah kepada atlet pelapis.

Menurutnya, atlet pelapis diharap mampu melayakkan diri di kejohanan berkenaan kerana ia dijadikan sebagai transforma­si untuk menggganti­kan atlet senior pada masa akan datang.

“Memang saya mahu melihat lebih ramai atlet dapat melayakkan diri ke Dubai dan ini juga sebagai satu medan terbaik buat pelapis memperoleh pendedahan di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Jelas Jaganathan, atlet pelapis diharap dapat melayakkan diri ke kejohanan berkenaan dengan menyertai beberapa kejohanan di Eropah, Jun hingga Ogos ini.

“Selepas ini mereka akan mengambil alih tempat atlet senior jadi kita mengharapk­an mereka mampu menyinar terutama Afiq Ali Hanafiah, Nasharuddi­n Mohamed dan Aliff Awi,” katanya.

Afiq memberikan persembaha­n cemerlang di Sukan Komanwel Gold Coast tahun lalu bagi acara 100 meter T20 (masalah pembelajar­an) selepas meraih pingat gangsa.

Nasharuddi­n pula meraih emas di Sukan Para Asia Jakarta-Palembang 2018 dalam acara 400m T20 dengan melakukan catatan 49.32s.

Sementara itu, Alif yang dikatakan bakal menjadi pengganti kepada Ziyad Zolkefli meraih perak dalam acara lontar peluru F20 di Jakarta.

Alif yang melakukan lontaran sejauh 13.09m, terpaksa akur dengan kehebatan Ziyad iaitu pemenang pingat emas, selain mencatat rekod baru temasya 16.94m.

Pada Kejohanan Olahraga Para Dunia dua tahun lalu di London menyaksika­n Malaysia meraih dua emas dan satu perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia