Harian Metro

LTdL tetap ikut jadual asal UCI Kemarau berakhir

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Meskipun penganjur perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) masih belum diputuskan, tarikh jelajah berbasikal berprestij di

Asia itu bakal diteruskan mengikut jadual awal ditetapkan Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI).

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tarikh tutup tender bagi syarikat yang berminat menganjurk­an perlumbaan itu adalah hari ini.

“Kabinet sudah memutuskan untuk menganjurk­an LTdL dan kita akan teruskan tempoh tiga tahun (bagi penganjur). Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad maklumkan untuk kita pastikan menonjolka­n identiti Pulau Langkawi dalam edisi kali ini,” katanya.

Kalendar UCI memaparkan edisi ke-24 LTdL dijadual berlangsun­g pada 24-31 Mac ini.

Berikutan perbelanja­an besar, kali terakhir Pulau Langkawi dimasukkan sebagai sebahagian daripada laluan perlumbaan pada 2015 dan hanya majlis pengenalan pasukan diadakan di Langkawi tahun lalu.

Ketika ditanya cabaran tempoh masa pendek bagi penganjur kali ini, Syed Saddiq berkata: “Sebab itu dibincangk­an penganjur akan diberi tempoh tiga tahun dan bukannya setahun. Maksudnya daripada segi penajaan, mereka ada masa nanti.”

Syed Saddiq berkata, setakat semalam tiga syarikat sudah menghantar permohonan bagi menganjurk­an perlumbaan berstatus hors itu.

“Yang terbaik saja akan dapat (kontrak penganjura­n) nanti,” katanya.

Difahamkan, proses pemilihan penganjur akan dapat diketahui hujung bulan ini.

(gambar)

Selepas dua tahun, Goh V Shem-Tan Wee Kiong akhirnya berjaya menamatkan kemarau kejuaraan selepas muncul juara badminton Thailand Masters semalam.

Kemenangan 21-13, 21-17 ke atas pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han sangat istimewa buat mereka kerana ia adalah kejuaraan pertama selepas menjadi pemain profesiona­l.

Selepas dikritik akibat prestasi buruk sepanjang dua tahun lalu di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), V Shem-Wee Kiong boleh menghela nafas lega dan memandang ke depan untuk mencapai impian mereka melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

V Shem-Wee Kiong, meninggalk­an badan induk berkenaan bulan lalu namun dilihat memiliki kelebihan daripada segi penajaan selepas berjaya muncul juara di Bangkok.

Sebelum itu, dalam saingan beregu campuran, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mengekalka­n kejuaraan diraih tahun lalu apabila mengalahka­n pilihan kedua, Dechapol Puavaranuk­roh-Sapsiree Taerattana­chai (Thailand) 21-16, 21-15.

Berbeza berbanding tahun lalu, mereka tidak lagi di bawah naungan BAM dan juga bergerak secara profesiona­l.

“Sudah tentu kami gembira kerana dapat mengekalka­n kejuaraan ini. Ia juga sangat istimewa buat kami kerana ini adalah kejohanan sulung tahun ini dan kami juga sekarang ini bergerak secara profesiona­l.

“Kami akan terus bergelut selepas ini kerana bukan mudah untuk bergerak secara sendiri, namun kami sudah bersedia untuk menempuhin­ya,” kata Peng Soon.

Kedua-dua pasangan negara itu meraih AS$11,850 (RM48,500) dan akan menyambung aksi di Malaysia Masters bermula esok.

 V Shem-Wee Kiong juara Thailand Masters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia