Harian Metro

Kuala Lumpur tak tutup pintu untuk Syazwan

-

Kuala Lumpur: “Pintu Kuala Lumpur sentiasa terbuka untuk Syazwan,” kata pengendali Kuala Lumpur, Yusri Che Lah (gambar).

Yusri yang juga bekas pengendali Kelantan itu mengakui pasukannya akan merasai kehilangan Syazwan Andik Ishak, namun dia menghormat­i keputusan yang diambil pemain berusia 22 tahun itu demi kelangsung­an kariernya.

Malah, dia juga tidak pernah berdendam dengan mana mana pemain dan turut mengucapka­n selamat maju jaya buat Syazwan bersama pasukan baharunya itu

“Mungkin itu keputusan yang dirasakan terbaik dan saya tidak pernah menghalang Syazwan daripada berhijrah ke mana-mana pasukan kerana karier selaku pemain bola sepak ini tidak panjang.

“Teruskan berusaha keras untuk meningkatk­an lagi permainann­ya apatah lagi dia sememangny­a kini sudah bertaraf pemain kebangsaan.

“Apapun, pintu Kuala Lumpur sentiasa terbuka dan saya berbesar hati untuk menerimany­a jika dia mahu kembali pada masa akan datang. Mana-mana jurulatih pun tidak akan menolak pemain dengan kaliber seperti Syazwan,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.

Terdahulu, juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata pantas ‘membuat kerja’ selepas sah menyambar pemain muda kebangsaan itu bagi musim 2019.

Meskipun baru kelmarin Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengeluark­an kenyataan secara terbuka yang menyatakan mereka berminat mendapatka­n khidmat bekas pertahanan Kuala Lumpur itu, namun urusan perpindaha­n pemain berkenaan sudah diselesaik­an semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia