Harian Metro

Syazwan milik JDT

Harimau Selatan ikat pemain muda kebangsaan tambah bisa pasukan

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Pemain muda kebangsaan, Syazwan Andik Ishak (gambar) sah menjadi milik juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim bagi musim 2019 menerusi klip video pendek yang disiarkan di laman web Johor Southern Tigers, semalam.

Dalam video berdurasi 37 saat itu, klip terbabit memaparkan kelibat seorang pemain yang mengambil jersi pasukan itu sebelum menyarungk­annya ke badan.

Pemain itu kemudianny­a mengikat kasut bola dan membawa bola sebelum pemain itu didedahkan sebagai Syazwan Andik dengan kata aluan ‘Selamat Kembali’.

Meskipun baru kelmarin Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengeluark­an kenyataan secara terbuka yang menyatakan mereka berminat mendapatka­n khidmat bekas pertahanan Kuala Lumpur itu, namun urusan perpindaha­n pemain berkenaan sudah diselesaik­an semalam.

Syazwan, 22, akan menyertai seorang lain pemain kebangsaan, Akhyar Rashid yang sebelum ini mengesahka­n perpindaha­nnya dengan kontrak empat tahun dan klausa pelepasan bernilai RM12 juta.

Sebelum ini, Syazwan pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim II (JDTII) sebelum membuat keputusan menyertai Kuala Lumpur pada 2017.

Prestasi konsistenn­ya sejak bersama The Hawks dan juga membarisi skuad kebangsaan menyaksika­n khidmatnya diburu beberapa pasukan sebelum dia akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke negeri kelahirann­ya.

Terdahulu, Syazwan bergelar ejen bebas apabila dia sendiri mengesahka­n kontraknya bersama Kuala Lumpur sudahpun berakhir.

Dia menjelaska­n kontraknya bersama pasukan itu ditamatkan selepas pasukan itu berdepan tunggakan gaji selama dua bulan bagi November dan Disember.

“Terdapat satu syarat dalam perjanjian dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang membenarka­n saya menamatkan kontrak jika tidak menerima gaji untuk dua bulan,” katanya.

 ?? Syazwan Andik Ishak ?? Terdapat satu syarat dalam perjanjian dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang membenarka­n saya menamatkan kontrak jika tidak menerima gaji untuk dua bulan”
Syazwan Andik Ishak Terdapat satu syarat dalam perjanjian dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang membenarka­n saya menamatkan kontrak jika tidak menerima gaji untuk dua bulan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia